Terima Kasih Cikgu...(◕‿◕✿

Bismillahirahmanirahim

"Assalamualaikum cikgu!"
"Selamat pagi cikgu!"

Antara kata kata sapaan bila bertemu dengan cikgu. Sungguh manusia yang bergelar cikgu adalah manusia yang wajib kita hormati selain kedua ibu bapa kita.. Jasa cikgu mendidik dan mencurah ilmu tanpa erti jemu dan sungguh sabar melayan karenah anak anak muridnya.. Hanya doa yang mampu ku titipkan buat mu cikgu, semoga berjaya di dunia dan di akhirat sana..ameen.


GURU

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca..

Terima kasih cikgu...(◕‿◕✿


No comments:

Post a Comment