Jadikan Malu Sebagai Pakaianmu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum WBT..

Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad Salallahu 'alayhi Wasallam, para sahabat baginda, para tabi'in dan orang orang yang mengikut jejak langkah mereka sehingga hari pembalasan. Terimalah kepulangan mereka Ya Rabbana dengan sebaik baiknya.. Maha Suci Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan dari segala sifat tercela yang mereka cuba menempelkan kepadaNya. Juga salam sejahtera untuk para Rasul utusan. 


Mari kita hayati sabda baginda Rasul Salallahu 'Alayhi Wasallam berkenaan aurat perempuan.



"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya."     Riwayat Abu Daud





Tapi coba diperhati..kira kira bagaimanakah pakaian kebanyakkan perempuan sekarang? sangat sangat memprihatinkan.. bukan hanya tudung kepala ditanggalkan bahkan ada yang berani tampil lebih daring kononnya =_=" !! kemanakah hilangnya malu seorang perempuan itu ketika mengenakan pakaian sebegitu? ..kenyataan ini bukan mendakwah yang saya sudah sempurna, tidak. saya juga dalam proses pembaikkan diri..kerana saya juga manusia biasa seperti anda tapi sebagai manusia yang dikurnia akal fikiran kita wajar memilih untuk cerdik dalam penampilan terutama apa yang kita pakai.


Ada yang memberikan alasan hanya ingin up-to-date dalam berfesyen..saya ingin bertanya..berfesyen tu boleh menjamin untuk kita masuk ke syurga Allah ka? memang naluri seorang perempuan itu selalu ingin kelihatan cantik dan menarik..tapi awas! cantik dan menarik itu bukan untuk dipamer kepada lelaki ajnabi dan jika ingin berfesyen kenalah bijak memilih..jangan jadi hamba fesyen..kan banyak fesyen muslimah sekarang yang menutup aurat dengan sempurna..lagi cantik dan menarik (◕‿◕✿


Janganlah kita meniru pakaian para artis dan jangan pula artis itu dijadikan idola dalam berfesyen tidak kiralah artis luar negara mahupun artis tempatan..kerana kebanyakkan artis sekarang ne berpakaian tak cukup kain..kalau kainnya cukup pun tetap ada yang kurang (nipis dan ketat) saya tidak kata semua ya.. kebanyakkan sahaja.   


Disebabkan pakaian tak cukup kain ne lah..mengundang bencana kepada perempuan..dosa berpakaian seksi itu akan berganda ganda bila semakin ramai penontonnya..dan fenomena ini juga akan menyusahkan kaum lelaki..saya nak share disini post wall difesbuk rakan senior saya yang mana tulisannya mengatakan -- Imam Syafie terganggu hafalannya hanya kerana terpandang tumit seorang wanita bukan mahram tanpa sengaja.... ( zaman skg bukan hanya tumit..... ) -- maka, wahai kaum sejenis ku..jadikanlah malu sebagai pakaianmu..kerana tanda tanda Allah Subhanahu Wa Ta'ala hendak membinasakan sesuatu kaum itu adalah dengan mencabut perasaan malu! jika malu sudah melekat dalam diri maka peliharalah sebaiknya.


Sekian dulu untuk kali ini..insha'Allah akan bersambung dilain hari.. saya sertakan link dibawah untuk peringatan bersama.. ^_~



Aurat wanita
Bertudung dan ungkapan hina hukum
Tolonglah wahai wanita :: rayuan seorang lelaki

:: Salam Mahabbah Dan Salam Ukhuwwah Untuk Semua ::

No comments:

Post a Comment