Bicara Langit

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


"Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi anak-anak harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya."
Antara bait kata dari seorang penulis yang saya kagumi..Ustaz Pahrol Mohd Juoi. saya akui ada kebenaran dari kata kata beliau kerana ketika saya berduka atau hati resah saya juga akan memandang langit untuk menenangkan hati..(◕‿◕✿   terapi dari alam adalah terapi yang paling baik. 


Satu lagi menjadi kegemaran saya dari dulu hinggalah sekarang.. menikmati pemandangan matahari terbenam. Jika dikampung, ada saja masa lapang pasti tidak ketinggalan untuk menyaksikan terbitnya sang fajar dan terbenam sang suria.. suatu pengalaman yang mendamaikan jiwa.. hebat sungguh alam ciptaan Tuhan. 


Subuh di kampung ku
Senja di kampung ku
Maaf kualiti gambar tidak memuaskan kerana gambar ditangkap menggunakan CSL Blueberry 500.. rindu kampung halaman..oh langsana!

No comments:

Post a Comment