Mahar Untuk Syurga

Bismillahirahmanirahim

Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya. Segala puji bagi Allah yang menguasai hidup dan mati ku, keluasan dan kesempitan kehidupan ku, kesenangan dan kesusahan hayat ku. Sesungguhnya hidup dan mati ku hanya untuk Mu Tuhan Semesta Alam.

Selawat dan salam atas nabi junjungan Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta mereka yang mengikutinya dari mula hinggalah pada hari yang Engkau janjikan akan hancur segala-galanya.


Mari kita bicara tentang syurga 

Syurga itu apa? Syurga adalah tempat penuh nikmat yang tidak dapat dibayangkan oleh pancaindera manusia mahupun imaginasi akal fikiran. Bayangkan yang indah, harum, sedap dan nyaman…hurmm, sungguh mengasyikkan ^_^ tetapi, syurga itu lebih indah daripada apa yang termampu kita bayangkan. Siapa yang layak menjadi penghuni syurga? sepastinya lah orang yang baik-baik di kalangan para Rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin (orang-orang soleh). Maka dengan itu diistiharkan... syurga adalah tempat tinggal dan kembali orang yang baik-baik....(◕‿◕✿
sekadar gambar hiasan
Bagaimana mahu melayakkan diri untuk memasuki syurga? Jawabnya mudah, jadilah orang yang baik-baik. Bagaimana hendak jadi orang yang baik-baik? Tentulah sahaja dengan melakukan banyak kebaikan. Setiap kebaikan yang dibuat dengan ikhlas, akan dibalas dengan pahala. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga.


Dan sememangnya dalam kita berusaha berjalan di track yang betul adakala kita tergelincir, walau hanya sebelah kaki... jika itu terjadi cepat cepatlah membetulkannya.. kerana tiada sesiapa jua yang tidak mendambakan syurga. 


# Tribute to 'Arafah Cinta Kita'

:: Tingkatkan amal, gandakan pahala.. Salam Mujahadah ::

No comments:

Post a Comment