Kasih Mu Ibu

Bismillahirahmanirahim

Kasih mu ibu kasih yang membawa bahagia..kasih tulus dan sejati..terima kasih ibu kerana melahirkan anak mu ini..akan ku bahagiakan dirimu semampu ku selagi nyawa ini di kandung badan.




Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

LIRIK NASHEED : AE-MAN


#...Seorang sahabat pernah bertanya kepada Baginda Rasulullah Salallhu 'Alayhi Wasallam tentang siapakah yang paling layak dicintainya, Baginda Rasul menjawab.."Ibu mu". sahabat itu bertanya lagi kemudian siapakah lagi yang patut dicintainya, Baginda Rasul menjawab.. "Ibu mu". sahabat itu bertanya lagi kali ketiga, pun begitu Baginda Rasul menjawab.. "Ibu mu". kemudian Baginda Rasul berkata "Ayah mu"...#

#...Ketika Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam duduk bersama beberapa orang sahabat, datanglah seorang wanita.. ketika itu para sahabat melihat wajah Baginda Rasul begitu manis mempelawa wanita itu..lalu Baginda Rasul membuka serban yang dipakainya dan membentangkan disisinya sebagai tempat duduk wanita itu.. para sahabat kehairanan...lalu Baginda Rasul menyatakan bahawa wanita itu adalah ibu susuan Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam iaitu Halimatus Sa'adiah...#


Moral :: Wajib bagi kita memuliakan ibu yang mengandung dan melahirkan kita di dunia ini..mendidik dan membesarkan kita dengan nikmat Islam..janganlah kita derhaka kepada ibu kita.. setitis airmata si ibu menitis jatuh, neraka lah tempatnya kita..nauzhubillah...jika ada antara kita menyebabkan ibu terasa hati..cepat cepat lah memohon ampun dan maaf kepada ibu..selagi mereka masih bernyawa..jangan nanti kita menyesal tak sudah.


No comments:

Post a Comment