Kanser Prostat



Kanser prostat adalah pembengkakan jenis malignan pada ketulan prostat, yang menghalang air kencing daripada keluar secara normal. Dalam beberapa kes, kencing biasanya hanya beberapa titis sahaja disertai dengan darah dan keadaan ini amat menyakitkan. 

Pesakit yang menghidap kanser prostat tidak hanya tertumpu pada mereka yang berusia sahaja, ada juga kes yang diserang oleh penyakit ini diawal umur 40an. Kanser prostat boleh diubati melalui pembedahan membuang bahagian yang membengkak tetapi risikonya agak tinggi.

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kalenjar prostat. ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dikalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan  dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. 

Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal ini tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimana pun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat.

Penyebab/Faktor Risiko
Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui 
bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan 
risiko pembentukan kanser prostat:

Usia
Risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. 

Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.

Sejarah Keluarga
Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau 

adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

Hormon
Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan 

kanser prostat.

Tanda & Gejala.
Gejala kanser prostat:
  • Aliran air kencing yang tidak lancar
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.

Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Diagnosa kanser prostat:
  • Prostate-SpecificAntigen(PSA)test
Adalah bahan (sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam
darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis
(radang prostat).

  • DigitalRectalExamination(DRE)
Doktor memakai sarung tangan getah dan jari dimasukkan ke dalam dubur untuk
merasa permukaan prostat. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat
awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.

  • TransrectalUltrasound(TRUS) 
Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan gambar diambil.

  • Biopsy
Hanya satu cara untuk memastikan betul-betul kanser didiagnosakan adalah dengan biopsi.
Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.

  • ComputedTomography(CTatauCAT)scan
CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan sinar-x.

  • MagneticResonanceImaging(MRI)
MRI mengunakan lapangan magnet, bukan sinar-x untuk menghasilkan imej lengkap badan.

Peringkat kanser prostat:
Peringkat 1 Kanser melibatkan <5 kelenjar="" prostat.="" span="">
Peringkat 2 Kanser melibatkan & 5% kelenjar prostat.
Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan 

dari komponen cecair air mani)
Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik 

atau bahagian lain terutamanya tulang.

Rawatan
Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak dan 
tahap kesihatan individu.

Pembedahan
Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2: radical prostectomy atau radical radiotherapy.
Radical (open) prostectomy. Melibatkan pembedahan pembuangan kesemua prostate dan 
vesikel seminal dan kemungkinan nodus limfa di dalam pelvic. Dalam 80-90% kes, cara rawatan 
ini selalunya selamat selama 10 tahun selepas rawatan.
Transurethral Resection of Prostate (TURP) - kerap kali digunakan untuk mengurangkan gejala 
kesekatan pada saluran air kencing.

Radiationtherapy
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi 
selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser. Terapi 
Radiasi berguna untuk semua peringkat kanser, samada percubaan untuk menyembuhkan 
penyakit. Juga digunakan sebagai kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau 
kanser yang telah merebak.Beberapa rawatan atau "fraction" mungkin diperlukan.
Terapi radiasi mungkin menyebabkan kesan sampingan berikut:
  • Cirit birit atau gangguan fungsi usus
  • Meningkatkan perasaan hendak buang air kecil atau kerapkali buang air kecil
  • Letih lesu
  • Tidak selesa pada rektum, rasa pedih atau sakit
  • Mati pucuk

Terapi Hormon
Pembesaran kanser prostat disebabkan oleh hormon seks lelaki seperti androgens, 
pengurangan paras hormon ini boleh membantu melambatkan pembesaran kanser. 
Rawatan hormon ini dipanggil terapi pembuangan "androgen" atau terapi pelucutan 
"androgen". Penghasilan testosteron boleh dikurangkan samada dibedah dengan 
pembuangan kelenjar testosteron atau melalui penggunaan ubat mengurangkan fungsi testis.

Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan 
atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat 
yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin 
tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, 
dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 
80%. Pesakit kanser prostat perlu dirawat oleh berbagai kepakaran termasuk onkologi, 
radioterapi dan urologi.