Salah Siapa...?

Assalamualaikum.

Setelah beberapa hari mengubat pilu kerana kehilangan pak kadut. alhamdulillah, kini diberi kekuatan dan kesempatan lagi untuk meluah rasa di sulap persinggahan ini. muga ada manfaat di kemudian hari untuk diri sendiri juga buat awda yang sudi singgah.. (^__^)p

Rasa ini tercetus dalam diri tika melihat di media media kes buang anak. aduhh!
kenapalah anak itu dibuang...? hati hanya mampu berkata, kesiannya. TV pun boleh kata macam ni, dalam diri haiwan tiada manusia tapi dalam diri manusia ada haiwan...sigh"

Puncanya?

Pastilah banyak. barangkali sudah diulas dalam post post blogger yang lain. tapi saya hanya highlightkan satu iaitu; terdapat sebilangan ibu bapa kurang mendidik anak remaja mereka dengan didikan agama. kenapa saya mengatakan begitu? kerana hasil pemerhatian saya kepada masyarakat disekitar tempat tinggal. rata rata kurang menitik beratkan pengisian jiwa anak anak mereka. sangat menyedihkan!

Faktornya?

Ya, tentulah kerana kesibukan kerja orang tuanya hingga anak yang meniti usia remaja kering jiwanya dengan pengisian rohani. jadi kepada ibu bapa yang seperti ini, sila ambil perhatian ya. anda bersetuju? ..hehe

Saranan

Ambil lah contoh Luqman Al Hakim dalam mendidik anak. Buka Al Quran dan kajilah surah Luqman kerana banyak sekali pesanan berguna untuk dititipkan kepada anak anak yang sedang membesar. bermula dari ayat 13 hingga ayat ke 19.

Antara pesanan Luqman kepada anaknya:

1. Ingat kepada Allah SWT
2. Apabila engkau sedang solat, maka jagalah baik baik fikiran mu.
3. Apabila engkau berada dirumah orang lain, maka peliharalah pandangan mu.
4. Apabila engkau berada ditengah tengah majlis maka jagalah lidah (lisan) mu.
5. Apabila engkau hadir dalam jamuan maka jagalah tingkah mu.
6. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
7. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
8. Ingat kepada mati.



Membentuk akhlak remaja hari ini dan wujudkan keluarga sakinah.
Pembuangan bayi tiada lagi...dengan izin mu ya Allah.

Salam Mujahadah...(^__^)v

KADUT DALAM KENANGAN

Hadir mu pelengkap diari hidup ku
Hadir mu menghiasi sunyi hari hari ku
Hadir mu mengundang tawa riang ku
Hadir mu  mengusap kulit lembut ku
Dengan ulit manja mu, aku merindui saat saat itu…sungguh!

Semalam ku tinggal dikau pergi
Pergi yang hanya untuk seketika
Aku kan kembali lagi…pasti

Tapi….belum pun ku sempat kembali
Disini, kenapa kau pula yang pergi?
Kenapa?
Kenapa pergi meninggalkan ku?

Tuhan,
Memang ujian mu dapat ku hadapi
Kerana sesungguhnya Engkau tidak akan membebani seseorang
Melainkan sesuai dengan kesanggupannya

Tapi Tuhan
Aku sayangkan nya...
Hari hari ku sepi tanpanya

Kadut
Walaupun kini kita tidak mungkin bersama lagi
Dek terpisahkan dua alam yang berbeza
Namun, nama mu akan terpahat kukuh
Kekal dalam lipatan memori ku

Dan yang pasti…aku tidak akan melupakan mu.

Kadut dalam kenangan
October 2009 – mac 2011




PENTINGNYA MENJAGA HATI

BismillahirRahmanirRahim

Payahnya menjaga sepotong hati agar ia tetap bersih... kerana hati cerminan hakikat diri sebenar tiap individu. hati ini adalah roh juga jiwa..hati juga mengawal jasad lahir kita.


Ibn Qayyim Al-Jauziyah pernah berkata:
" jika hati menjadi keras, maka mata pun menjadi liar."


Membawa rmaksud anggota lahir bertindak mengikut arahan hati. Sekiranya hati itu bersih, maka hati mengarah kepada kebaikan. Jika sebaliknya kejahatan dan perbuatan kejilah condongnya.


Hati perlu dibersih dan disucikan agar ia kembali kepada Allah dalam keadaan fitrahnya yang bersih dan tenang.


Sabda Rasulullah SAW:
" dalam hati anak adam ada seketul daging. apabila baik daging itu, maka baiklah ia. apabila rosak daging itu, maka rosak dan buruk lah ia. ketahuilah bahawa itulah hati."






Lantaran itu, Allah mengingatkan kita dalam surah Muhammad ayat ke 29.
"Apakah orang orang yang ada penyakit dalam hatinya menyangka bahawaAllah tidak akan menampakkan kedengkian mereka?"


Sesungguhnya tidak ada satu pun yang akan terlepas dari pandangan Allah walaupun ia tersembunyi di dalam hati.


Ketahui juga, hati yang kotor boleh diusahakan bersih semula dan dikembalikan kepada fitrahnya yang suci murni, dengan ...


Dengan mempunyai rasa bertuhan


Dengan menyakini, merasai adanya Tuhan yang Maha Agung dan empunya segala sifat yang Maha Sempurna, ada pada Nya. sifat semulajadi hati (kalb) menyakini adanya Tuhan. 
Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat ke 172.


".... dan Allah mengambil kesaksian jiwa mereka: 'bukankah Aku ini Tuhan kamu? ' mereka menjawab: benar, bahkan kami menjadi saksi. ' ..."


Dengan mempunyai rasa kehambaan


Selalu merasa diri kerdil, hina, jahil dan miskin dihadapan Tuhan. jika rasa seperti ini ada dalam hati, insha'Allah akan hadir rasa berkasih sayang serta sifat sifat mahmudah yang lain dalam sekeping hati hasil pautan hati yang penuh rasa kehambaan kepada Tuhan. Matlamat ingin kembali kepada Tuhan dengan hati yang suci lagi bersih.


"beruntunglah siapa yang menyucikan jiwanya, yakni hati dan rugilah sesiapa yang mengotorinya."    Asy-Syam: 9 - 10


Bermujahadah dalam mengembalikan sifat hati yang suci murni selagi ada waktu. Jangan nanti pergi menghadap Ilahi dengan hati yang kotor dan penuh rasa penyesalan.


"wahai jiwa yang tenang (tenteram) kembalilah kepada Tuhan mu dalam keadaan redha lagi di redhai..."     Al-Fajr: 27 - 28






sekian dulu (^__^)



Bidadari Dunia

BismillahirRahmanirRahim

Siti Hajar (isteri Ibrahim as),    Asiah (isteri Firaun),    Rabiatul Adawiyah (sufi),    Khadijah .rha (isteri Rasulullah SAW),   Sumayyah (srikandi Islam)

Aku pengkagum wanita wanita itu.. manusia biasa dengan semangat luar biasa... punya jati diri dan tinggi keyakinan diri.. pasrah berserah dengan ketentuan Ilahi...

Bidadari dunia selayaknya gelaran ketika di dunia dan Bidadari Syurga bila tiba diakhirat sana...semoga diri ini juga mampu menjadi Bidadari Dunia seperti mereka  bukan hanya wanita biasa menyubur kasih menyulam iman.



selamat hari wanita kepada mak dan kakak semua juga buat semua muslimah

Alhamdulillah


Agak lama juga menyepi.. kini bicara ku kembali mengisi di ruangan maya ini.. moga bicara hati mampu memberi inspirasi kepada diri.. akan terus ku berjuang, bermujahadah di jalan Mu ya Ilahi.


Dan ya,... nama pena Lobak Merah telah ditukar kepada Dzar Huzaifa..kenapa?.........biarlah perubahan itu hanya diri ini dan Allah jua lah yang mengetahui....

Moga ruangan bicara maya ini akan bermanfaat buat diri sendiri juga antum di hadapan ini..insha'Allah.