Tidak Pernah Jemu

Bismillah
Subhanallahil 'adzhim, Subhanallah wabihamdih.


Sedar tak sedar, rupanya sudah beribu-ribu kali kita solat. beribu-ribu kali juga kita renew syahadah kita. malah bertahun-tahun jugalah kita berpuasa (wajib + sunat) sepanjang hidup. bahkan yang terpilih sudah berkali-kali mengerjakan umrah atau haji. teringin sangat-sangat nak pergi umrah dan haji T_T

Seandainya kita fokus kepada solat setiap hari paling tidak kita akan rukuk 17 kali, 34 kali sujud, 5 kali takbiratulihram dan salam. kita juga membaca ummul kitab sebanyak 17 kali, takbir hampir 100 kali malah banyak lagi bacaan lain yang diulang-ulang dan tidak pernah berubah.

Persoalannya...?

Pernahkah kita jemu dengan semua itu? pernahkah jemu membaca surah dan ayat al-Quran yang sama? pernahkah jemu bertawaf dan menunaikan pelbagai rukun haji dan umrah yang lain? semestinya kita takkan pernah jemu.

Hakikat ibadah itu makanan ruh yang amat diperlukan dari semasa ke semasa. makin dikerjakan ibadah wajib, makin terasa manis dan lazatnya.


Ibadah tidak pernah menjemukan. tetapi jika ada hati-hati yang merasa jemu melakukan ibadah, itu tanda hati itu jauh daripda rahmat Allah Ta'ala. yang jemu hanyalah hati yang terlalu cintakan dunia.

<3 Perkongsian :: solusi 42 ::

::..Salam muhasabah, salam mujahadaH..::
03 Jamadilakhir 1433H
02:05 waktu Malaysia.

#Random Post#

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

Status ni saya share dari FB Ustaz Emran.. copy bulat-bulat =)

Ada lelaki menghubungi seorang gadis kerana mahu meminangnya sebagai isteri. Tetapi gadis itu menjawab saya tidak suka pada awak. Lelaki itu merayu dan berkata tolonglah terima saya kerana saya perlukan awak. Lalu gadis itu menjawab baiklah saya akan cuba tolong awak. Dia pun memberitahu ibubapanya dan seminggu kemudian mereka bernikah. Muslimah solehah, diri mereka mudah & menjadi rezeki dari Allah buat lelaki !




::..Salam mujahadah buat semua mujahid dan mujahidah  fillah..::
02 Jamadilakhir 1433H
24:03 waktu Malaysia.

1st trial

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

entri sesaja, oleh sebab mata tak mengantuk lagi..


Buat pertama kalinya mencuba melukis doodle menggunakan ms.paint.. ^.^ okey, sila jangan gelak.
alamak dah pukul 2 suku.. ok paksa mata tido dulu..tata.

01 Jamadilakhir 1433H

; Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan!

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 


:: terkadang kita disibukkan (teruja) nak berdakwah kepada orang lain, sedangkan jika ditoleh ke saf belakang (ahli keluarga; kaum kerabat sendiri) masih ada yang keciriran dari dakwah kita (bagi yang kaum kerabatnya dah ready warak, syukur alhamdulillah).. even diri sendiri pun masih sangat-sangat memerlukan dakwah! :: jadi, nasihat kepada diri sendiri untuk berdakwah dahulu kepada diri sendiri dan kaum kerabat mu.. okey. ~.^ sama-sama kita lakukan transfomasi diri.


mari semua, kita dekat dan rapatkan diri dengan Allah
jangan biaq the calling become another missed call again.

Dibawah ne saya kongsikan tip untuk panduan serba sedikit kepada yang dah lama tinggal solat.. ramaikan yang tinggal solat? solat separuh-separuh pun ramai..kan..kan? jom ubah, kita wujudkan rasa seronok mengerjakan solat.. betapa nikmat itu hanya dirasai oleh mereka yang mengerjakannya sahaja.

Tip mengerjakan solat, (setelah lama tak buat).

    Kesedaran amat penting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati untuk berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

    Sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten.

    Solat sekali dahulu, baru akan ada solat yang kedua. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah, tiada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.

    Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam untuk kembali solat daipada terkubur. Maka buatlah satu nota motivasi dan tampal ditempat yang mudah dilihat.

    Fahami maksud bacaan dalam solat. Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.

    Jangan tergesa-gesa dalam solat. Sebaliknya bersederhanalah dan ambil sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk mu.

    Tingkatkan imaginasi. Semasa solat,bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai, tidak mampu.. maka ingat bahawa Allah sedang melihat kamu.

    Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering diuji dan digoda amat-amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua itu. Maka doa lah senjata semoga diberi kekuatan untuk mengerjakan solat (konsisten!)

    Perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasakan suatu ketenangan?

    Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat itu. Then, ambik wudhuk dan solatlah dengan khusyuk yang sempurna.. U can do it!

    Be positif! Jangan sekali-kali berfikir bahawa solat akan mengehadkan masa anda. Akan tetapi fikirkan bahawa solat itu adalah faktor kejayaan anda.

    Sokongan padu dan rohani daripada keluarga dan rakan-rakan. Katakan pada mereka yang anda hendak berubah.

    Setiap perkara pasti ada musuhnya, perangi habis-habisan rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.

    Banyakkan mendalami ilmu. Hanya dengan ilmu dan diamalkan akan membuahkan hasil (iman).

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan ku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah du'a permohonan ku."

#Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan! #Salam mujahadah#

01 Jamadilakhir 1433H
01:07 waktu Malaysia.

Earth Day

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

buka je gugel browser tadi keluar pulak bunga-bunga ne; earth day katanya

Earth Day is a day early each year on which events are held worldwide to increase awareness and appreciation of the Earth's natural environment. Earth Day is now coordinated globally by the Earth Day Network,[1] and is celebrated in more than 175 countries every year.[2] In 2009, the United Nations designated April 22 International Mother Earth Day.[3] Earth Day is planned for April 22 in all years at least through 2015. [wiki] selepas 2015 dah tak sambut ehh? atau dunia hanya aman sehingga 2015? hmm.. then? ; ...macam-macam pulak persoalan timbul dikepala ne ;


30 Jamadilawal 1433H
09:13 waktu Malaysia.

#peringatan untuk diri sendiri#

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

Setiap hari, detik dan ketika sebagai manusia biasa sudah pasti kita tidak pernah lari dan lolos dari melakukan silap, maksiat dalam erti kata lain dosa lah senang.. manusia, biasa lah. bukan maksum pun. tapi dalam kita melakukan dosa itu, antara dalam sedar atau tidak.. sudahkah kita meminta ampun (sungguh-sungguh) kepada yang Tuhan Pencipta? jika belum sila lakukan.. kerana mati takda tangguh-tangguhnya bila ajal dah sampai..

 ‎"Sesungguhnya Allah membukakan TanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada petang harinya. Allah juga membukakan TanganNya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam harinya, sampailah matahari terbit dari tempat tenggelamnya (kiamat)."  [HR. Muslim] ® peringatan untuk diri sendiri.

Allah tidak pernah jemu mengampuni
Maha suci Tuhan semesta alam.. daripada Abu sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wassallam bersabda yang bermaksud;

       "Iblis berkata kepada Tuhannya: 'demi keperkasaanMu dan keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka.'
       Allah subhanahu wa ta'ala menjawab: 'demi keperkasaanKu dan keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripada Ku.' "

Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Demi keperkasaan dan keagungan Tuhan yang menciptakan kita, mari muhasabah sebentar dan mohon lah ampun padaNya.. moga-moga kita tergolong dalam hambaNya yang mendapat keampunan.

...dan pabila mentari terbitnya di barat, maka ketika itu
segala penyesalan tidak berguna, kerana telah tertutup rapatlah pintu taubat
buat tiap yang bergelar manusia.
Salam mawaddah salam mujahadah
30 Jamadilawal 1433H
01:43 waktu Malaysia

#Selamat Tinggal Dunia skateboard#

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

; skatergirl yang mendapat hidayah.. Alhamdulillah.
Semasa diawal usia remaja sehingga kini, du'a mintak hidayahNya tidak ketinggalan samada berdu'a 'tika sedar atau lalai.. dan alhamdulillah Allah makbulkan kerana bertahun-tahun du'a yang sama diulang tanpa jemu. Jika di ingat-ingat zaman dahulu yang bergelumang dengan gaya hidup sebagai skatergirl, aku jadi malu, menyesal kerana masa remaja dibazir percuma dengan aktiviti sebegitu.. baru sekarang terfikir dan menyesal sepenuhnya. ohh masa ku terbuang dengan sia-sia! Kadang-kadang cemburu juga dengan rakan-rakan menjadi soleh/solehah sedari awal remaja bahkan hafiz dan hafizah pula.. sangat beruntung mereka.

Bukan mak dan ayah tidak mendidik dan mengajar tapi entahlah, hidup berjauhan dengan keluarga selama 7 tahun banyak mempengaruhi cara fikir dan gaya hidup ku kearah aktiviti papan luncur. ada yang berkata biarlah asalkan tidak terlibat gejala yang tak bermoral sudah.. itukan termasuk sukan juga. hmm, begitulah antara kata-kata dari beberapa sedara mara yang ku kira memahami dikala itu. -_-"

Tapi Tuhan sememangnya Maha Penyayang.. pintu hidayah untuk ku dibuka seluasnya.. kini sudah 6 tahun ku tinggalkan aktiviti papan luncur, ku pilih jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.. aku bahagia dengan pilihan ini.

kickflip 
Selamat tinggal dunia skateboard ... ternyata cinta Ilahi itu lebih menyeronokkan dan nyaman.
#salam mujahadah, musafir ini diteruskan lagi dalam mencari redhaMu ya Ilahi#

29 Jamadilawal 1433H
01:10 waktu Malaysia

#Random Post#

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

Kebebasan semakin limited bila pintu dapur terpaksa dikunci rapat 24 jam 7 hari seminggu... menyesakkan pernafasan. rindu pada keadaan sebelumnya yang mana bebas untuk free hair bersantai di beranda dapur sambil menikmati kopi petang (◕‿◕✿ (dulunya terlindung dihiasi pemandangan hijau pokok-pokok besar dan rumput menghijau) kini bertukar lapang dan kemudian pasti menjadi tempat lalu lalang orang ramai dan "haiwan besi".. ~ aku dah tak boleh nak menikmati pemandangan burung-burung, rama-rama dan lebah mencari rezeki kala pagi dan petang T_T


Adakah nikmat itu sedang ditarik atau bakal digantikan dengan nikmat yang lebih baik dari itu?
Allah, hanya padaMu ku serahkan urusanku dan hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ku.

28 Jamadilawal 1433H
23:58 waktu Malaysia

I'm Back =)

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

Beberapa hari tidak menulis.. silent reader dah mula 'sound' ; nak bagi bersawang kembali ke belog nih? saya hanya tersenyum.. ; maaf, bukan nak bagi bersawang tapi nak bagi korang rindu sket =)


 Nak disiplin bab ne yang saya fail apa tidaknya, saya menulis ketika ada kelapangan waktu dan idea menulis datang melayang-layang hinggap di kepala =)

Oleh sebab itu, mari dengar qasidah ne dulu..



27 Jamadilawal 1433H
23:58 waktu Malaysia.


... Silent Mode ...

Bismillahirahmanirahim
Sollu 'ala Rasoolillah  

petah benar lidah menuturkan mujahadah.. mujahadah.. istiqomah.
tapi dalam berusaha bermujahadah, bila ujian menghampiri
menyapa benteng yang dibina, daku tergugah
hampir pula terlupa yang diri sedang bermujahadah
oh Tuhan ku, pimpin dan beri kekuatan kepadaku agar ku terus berjalan lurus di jalanMu.
aku yang sedang mencari...
mencari 'izzah dalam mujahadah ini.

#Dan pencarian akan diteruskan dalam menggapai redha dariMu#
16 Jamadilawal 1433H
23:14 waktu malaysia

#How To Get Quality In Our Prayers#

Bismillah [with the name of Allah]
Sollu 'ala Rasoolillah 

Writer : Abdul Nasir Jangda @ muslimmatters.org

There are lots of things we can do.  Books are written by the scholars which list dozens of things we can do to bring greater quality and implement khushū' in our prayers.  To keep the conversation flowing and brief and concise, I would like to group the things that we can implement into three areas of improvement.

1.  A change of lifestyle.
What that refers to is really very simple.  We can't expect to live our lives however we want (lying, cheating, backbiting, cussing) and then expect that when we stand up to pray and say “Allāhu akbar”, magically we have khushū'.  There is no instant khushū'.  The way I live my life outside of the prayer and the way I conduct myself normally throughout the day will affect and impact the quality of my prayers.  If I want more quality in your ṣalawāt, then I have to lead a better life, a more honest and truthful life.  I have to cut some of the sins out of my life in order to improve the quality of my prayers.
2.  Make ṣalāh an event.
Treat ṣalāh like an important part of your day.  Let me give you an example.
You have to be at work or school at 8 am, and you live about 10 minutes away from work, so you try to leave your house at 7:45 am so that you can drive there, park your car, and be at your desk at 7:59 ready to roll.  If you leave your house at 7:45 am, do you wake up at 7:40 and roll out of bed and get ready?  No – don't do that!  Typically, if you have to leave your home at 7:45 am, how much earlier would you wake up?  The average answer is 45 minutes.  Some people take a little bit less and others a little bit longer.  Why do you wake up 45 minutes before?  You would say it is your job and is important.  You have to wake up and brush, shower, clean and comb, eat something, pack your stuff and dress nicely.  You have to take it seriously.  That is why you invest the time and give it importance and treat it as something important.
How you prepare for it shows the importance.  It is an event and you prepare for it.  Compare this to ṣalāt'l-fajr.  I realize that is the most drastic comparison.  Let me explain to you the proceedings of ṣalāt'l-fajr.  First, before you sleep you have the route from your bed to the sink completely mapped out so that you can get do it with your eyes closed.  Why?  When you wake up for fajr, you don't like to turn on all of the lights because it takes the sleepiness away and you want to pray fajr and go to sleep.  You make it to the sink and have perfected the art of the 15 second wuḍū' – it is like a magic trick.  You make your way back over to your bed, and you pray next to your bed and then engage in a procedure I like to call:  stop, drop and roll over.  You would pray on your bed if possible.
How sad is that?  That is the condition of our prayers.  I'll give another example from sports.  When we watch a game, what is the quality of our prayer?  First of all, it's a blessing if somebody actually prays during the game.  Even if they do pray during the game, what is the quality of that prayer?  We wait for a time-out or a commercial and then hurry.  We leave the volume a little bit on so that we can hear if something big happens during the game.  That is how we pray, unfortunately.
I joke just to keep it light, but we have to realize what a tragedy it is we pray like this, especially compared to how we seriously we take everything else.  The second area of improvement to gain quality in the ṣalāh is to treat ṣalāh as something important.  Makeṣalāh an important part of your day.
What that involves is to prepare and get ready.  Make wuḍū' properly – it is an act of worship that leads you into the prayer and puts you in the right mindset.  Pray when it is the time of the prayer.  Don't keep putting it off.  Dress appropriately. 
3. Understand the basic structure and technicalities of prayer (fiqh), which will give you the outline of the ṣalāh.  The most important thing, which is actually the life and spirit of the prayer is when you understand what you are reading and saying in your ṣalāh.
Ṣalāh is about reflection and pondering.  It is about comprehending and understanding.  It is about feeling what you are saying and then delving into it and being absorbed by the experience of the ṣalāh.  This can only be done when you truly appreciate and understand what you are saying in the ṣalāh.


16 Jamadilawal 1433H
22:17 near malaysia.

Silhouette Tip

Bismillah [dengan nama Allah]
Sollu 'ala Rasoolillah 

Bila gugel saja perkataan silhouette, pastinya akan terpapar foto-foto yang menarik, misteri, dramatik dan pelbagai ungkapan lagi.. kerana teknik ini lately amat popular dikalangan rakan-rakan saya =) okey, maka kiriman kali ini saya nak kongsikan sedikit tip bagaimana merakam foto silhouette..


foto ni mengingatkan saya zaman remaja dahulu,
sekarang pun still remaja lagi.. jiwa sentiasa remaja  ^_^

1. Pilih subjek yang menarik dan kuat 

Memilih sesuatu yang kuat, mudah dikenali yang juga cukup menarik untuk memastikan mereka melihat  akan memahaminya. kerana silhouette tidak menarik perhatian dengan warna tetapi lebih kepada tekstur juga tona subjek.

2. Matikan flash 

Jika kamera anda dalam mod auto, kemungkinan untuk flash anda berfungsi adalah besar dan ini akan merosakkan gambar. secara asasnya anda perlukan sedikit atau tiada cahaya langsung dari sisi hadapan subjek anda. so, matikan flash.

3. Pastikan pencahayaan anda betul yo! 

Untuk pencahayaan subjek, sila lupakan apa yang anda belajar selama ini dan berfikir sebaliknya..okey? so, anda kena pastikan lebih banyak cahaya datang dari belakang subjek, betul-betul memancarkan ke dalam lensa kamera anda ~ . ^ ..Letakkan subjek anda membelakangkan matahari terbit or lampu kereta (apa sahaja punca cahaya yang kuat).

4. Bingkai imej 

Bingkaikan siap-siap foto anda dengan merakam subjek dihadapan latar ringkas tetapi terang (latar yang baik adalah langit terang tanpa awan) Tempatkan sumber kuasa terang itu dibelakang subjek (motif:: untuk subjek menyembunyikan latar dan pada masa yang sama memberi efek menarik).

5. Subjek silhouette tidak berserabut 

Pastikan tiadasubjek atau objek lain dalam satu-satu foto silhouette. jika anda merakam foto silhouette orang dan pokok, dimana orang itu berada di depan atau bersandar pada pokok, silhouette akan mengelirukan mereka yang melihatnya. merakam silhouette orang adalah lebih baik jika orang tersebut pose dalam kedudukan profil. dimana bentuk hidung, mulut dan sebagainya kelihatan.

6. Mod Auto 

Kebanyakkan kamera digital mempunyai permeteran automatik yang baik untuk mengesan kekuatan pendedahan gambar agar semuanya teratur. masalahnya, bila kamera digital terlalu pintar, ia akan memberikan cahaya kepada subjek berbanding 'under expose' untuk kesan silhouette. dan kebanyakan kamera menentukan sendiri tahap exposure dalam mod auto apabila anda menekan separuh shutter.

Caranya adalah menghalakan kamera kebahagian paling terang dalam gambar dan tekan separuh shutter. then gerakkan kamera kembali kepada bingkai gambar subjek, dimana anda mahu gambar akhir dihasilkan. trik kamera anda untuk mengambil cahaya terang dalam imej sebagai 'mid tone' supaya yang lebih gelap daripada ini akan dilihat sebagai bayang hitam menarik.

7. Mod Manual

Sekiranya mod auto tidak berjaya dan kamera anda mempunyai kawalan exposure manual, okey, kita buat setting sendiri. kelebihan foto digital adalah anda boleh ber-eksperimen sehingga anda mendapat hasil yang dikehendaki. cara mudah memulakan mod manual ialah dengan melihat kelajuan shutter dan apertur ketika ia dalam mod auto. bermula dari situ, jika subjek terlalu terang.. gelapkannya dengan menurunkan satu atau dua titik shutter. guna teknik 'bracketing' untuk hasil rakaman dengan dedahan berbeza-beza.

8. Fokus

Dalam apa keadaan sekalipun, anda pasti mahu subjek silhouette anda fokus dan jelas. jika kamera anda ada fokus manual kenapa tidak mencubanya. pra-fokus gambar sebelum menetapkannya. cara lain ialah bermain dengan apertur. lebih kecil apertur, lebih tinggi 'depth of field' ( berkemungkinan anda dapat merakam gambar subjek dan latar yang jelas).

silhouette :: martial art

# Sementara silhouette yang pegun, jelas dan hitam gelap boleh menjadi foto yang kuat, pertimbangkan juga silhouette separa. dengan sedikit perincian subjek kelihatan, sedikit cahaya terlepas masuk kedalam foto boleh menjadikan foto lebih tiga dimensi dan nampak real. 

gambar sesaja.. [sekeping gambar seribu tafsiran]

::sumber : mpc 184::
16 Jamadilawal 1433H
07:17 waktu malaysia

ALLAH Keutamaan Baginya...

Bismillah [Dengan nama Allah]
Sollu 'ala Rasoolillah 


kisah benar yang berlaku di Abha, Saudi Arabia, diceritakan oleh Syeikh abdul Muhsin Al Ahmad.

Disatu majlis pernikahan didaerah Abha, seorang pengantin muslimah diceritakan usai melaksanakan solat maghrib dia pun mula bersiap-siap berhias. dengan mengenakan busana pengantin dan make-up seperti kebiasaaan pengantin yang lain.. kedengaran azan isya' berkumandang dan pengantin muslimah itu sedar wudhuknya telah pun batal..lalu bagaimana hendak solat?

Dia berkata kepada ibunya: "ibu, saya hendak berwudhuk dan solat isya'."

"apa kamu sudah gila? para tamu telah menunggu untuk melihat mu, jika kamu berwudhuk sekarang make-up mu pasti akan hilang." kata si ibu.

"aku ibu mu dan ibu katakan tangguh dulu solat mu! jika kamu inggar kata-kata ibu, ibu kan memarahimu." tambah si ibu.

"Demi Allah, saya tidak akan pergi dari ruangan ini hingga saya solat. ibu yang saya cintai, 'Tidak ada kepatuhan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Pencipta' "

"nanti apa kata tetamu kita jika kamu hadir dimajlis itu nanti tanpa make-up, pasti mereka akan memperkatakan penampilanmu itu nanti" si ibu cuba mengubah pendiriannya.

Pengantin muslimah itu senyum sambil berkata "Apakah ibu takut kerana saya tidak kelihatan cantik dimata makhluk? bagaimana dengan Pencipta ku yang saya takuti adalah disebabkan nanti kehilangan solat, saya tidak terlihat cantik diMata-Nya."

Pengantin muslimah itupun segera berwudhuk dan solat.. dan ketika dia bersujud, itulah sujud yang terakhir buatnya.

Pengantin muslimah itu meninggal dengan cara yang cukup indah, tunduk sujud dihadapan PenciptaNya.

Demikian secebis kisah muslimah yang menjadikan Allah dan ketaatan KepadaNya sebagai keutamaan dalam hidupnya.

::Sumber:muslimahzone.com ::
15 Jamadilawal 1433H
23:37 waktu Malaysia.