Muslimah Wanted!

Bimillahirahmanirahim

Muslimah sejati srikandi pembela agama
Peribadi solehah menjadi perhiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan


Muslimah sejati akhirat menjadi keutamaannya
Kerana dunia bukan pilihan
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa


Muslimah sejati berbekal Al Quran dan As Sunah
Bersulamkan pengorbanan 
Bisa menggegarkan seisi dunia...


Sukarnya mencari muslimah sejati di zaman ini... memang ada tapi boleh dibilang dengan jari tangan plus jari kaki.. yang selebihnya harus digelar apa ya? tapi pesan seorang ustaz, tak elok menggelar orang dengan gelaran yang tidak baik. jadi saya tukarnya dengan mengajak yang selebihnya itu untuk sama sama merebut gelaran muslimah sejati..kerana ianya memang benar benar wanted di zaman ini.


Mari kita selami kisah Sumayyah srikandi terbilang...moga moga ia dapat memberi inspirasi untuk menyandang gelaran muslimah sejati..




SUMAYYAH
Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri mu bak lentra
Dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad mu milik tuan
Tetapi hati mu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad mu yang tiada bermaya
Namun iman didada mu sedikit tidak berubah

Darah Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama mu tetap menjadi sejarah

Dapat semangat baru bila menghayati bait bait puisi ini.. (lirik lagu Hijjaz) ..Salam Mujahadah (◕‿◕✿

No comments:

Post a Comment