Sindrom Muda Sentiasa

Bismillahirahmanirahim

Syukur kehadrat Illahi kerana nikmat dan kurnia kehidupan serta akal yang baik mampu mencorakkan hidup ini untuk lebih bermakna sebagai khalifah dimuka bumi ini..dan akan bertambah indah jika dibaluti pula dengan iman dan takwa, ..Masya'Allah sangat beruntung kita sebagai manusia ya..

Teringat pula dengan isi sebuah buku (tajuknya sudah lupa (-_-" ) yang mengatakan seseorang manusia itu akan lebih buruk daripada haiwan sekiranya nafsu dijadikan sebagai tuhan..kerana fitrah haiwan itu tidak berakal melainkan punya nafsu semata..dan seseorang manusia itu akan lebih baik daripada malaikat sekiranya dia bisa menundukkan hawa nafsunya serta bisa melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sempurna..kerana kita dikurniakan akal dan nafsu. manakala malaikat mempunyai akal dan tidak mempunyai nafsu. Betapa beruntungnya kita jika bijak mengawal nafsu dan bukan nafsu mengawal kita.

Allah Ta'ala telah berfirman dalam surah Yusuf ayat yang ke 53, mafhumnya

"Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~**************~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya entri kali ini saya nak berkongsi tentang pe'el kucing saya..rasanya menarik untuk dikongsi bersama ^_^ ...kucing dirumah ada tiga ekor sebenarnya daripada tujuh ekor (yang lainnya mati dee) ..yang tua namaya montel usia kira kira 12 tahun (darjah enam). yang muda namanya tatam usia dalam 2 tahun setengah dan yang ketiga namanya tolok usia baru 3 bulan setengah.

Yang nak dijadikan cerita adalah kucing yang bernama si tatam ne..menghidap penyakit sindrom 'muda sentiasa' dia..kenapa saya kata begitu, sebabnya si tatam ne tak boleh nengok dan duk serumah dengan anak kucing..bayangkan lah anak dia sendiri pun dibunuhnya..hais (-_-" naik pening kepala saya. dan sekarang pula sasaran utama setiap hari si anak kucing yang bernama tolok..alahai tak boleh duk dekat langsung!

inilah tolok..kucing yang saya kutip hujung febuari lalu ^_~

Lagi satu si tatam ne walaupun sudah beranak beberapa kali (anak semua mati dibunuhnya) tapi masih lagi menyusu dengan mak angkatnya si montel..sindrom tak sindrom..hais "

Pssstt..saya pernah bercadang untuk membela kucing kucing terbiar dan yang dibuang dijalanan tapi memandangkan belum ada rumah sendiri (numpang umah mak ayah) hasrat tersebut terpaksa di tangguh dulu. \(^__^)/



Sekian dulu cerita kucing untuk kali ini..Salam Hari Jumaat buat semua.

Mode:: teringatkan pak kadut T_T

Sambut Hari Lahir Cara Islam



Bismillahirahmanirahim

Barangkali ada yang terkejut..sambut hari lahir cara Islam? 
Kiriman artikel kali ini walaupun ada dikalangan pembaca akan mencebik tidak bersetuju tapi inilah hakikat yang perlu kita ubah..iaitu daripada sambut hari lahir cara kafir kepada sambut hari lahir cara Islam. Walaupun hukumnya bid'ah..tapi ini bid'ah dibolehkan..kerana tidak ada dalil yang mengatakan menyambut hari lahir haram.

Cuma bezanya disini cara kita menyambut hari lahir itu dengan doa selamat dan selawat keatas nabi kita Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam..kan cantik jika kita mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar..disamping dapat pahala, dosa kita pun terhapus sama. 

Bagi penggemar kek macam saya pula..kek hari lahir itu boleh ya asalkan tidak dipacak lilin dan nyanyi nyanyi macam orang kafir..buatlah kek coklat ka, kek keju ka, kek buah atau apa apa kek pun..janji sedap dimakan semuanya boleh. ^_^

Ambillah waktu untuk mendengar kuliah ringkas Ustaz Azhar Idrus berkenaan Hukum Sambut Hari Lahir. semoga bermanfaat buat kita semua.. :)

NIKAH CERAI

Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah masih berkesempatan menulis di ruangan maya ini, sulap persinggahan untuk melakar rasa mencambah ilmu serta memantapkan iman didada..inshaAllah. Selawat dan salam ku panjatkan buat nabi Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam, para sahabat, tabi'ien dan umat islam yang tetap berada dijalan lurus yakni Jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Kes perceraian di Malaysia kini menghampiri tahap meruncing bilamana dalam setiap 15 minit akan ada terjadi kes perceraian yang direkodkan oleh Jakim. Untuk menyokong kenyataan ini sedikit fakta bersumberkan dari blog Zaharuddin.net yang mana mengatakan 


Pendedahan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2008. tempoh selama sepuluh tahun perkahwinan amat kritikal sekali kerana potensi penceraian adalah besar.


Dalam kajian pada tahun 2007, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Bagi tempoh enam hingga sepuluh tahun mendapati 27.7 perastus bercerai. Ini bererti tempoh sepuluh tahun pertama merupakan tahun yang paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian.


Daripada sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan.

Masa bercinta segala-galanya indah belaka..bagai ini dunia aku yang punya. Tapi setelah berumahtangga berlaku konflik kecil sahaja wahh, lancar sekali lafaz talak keluar dari mulut sang suami. Tidak kurang juga si isteri memohon cerai melalui mahkamah kerana masalah masalah yang mungkin boleh diselesaikan dengan cara berhikmah..

Justeru umat islam disarankan jika ingin mendirikan rumahtangga kriteria pertama dalam menilai calon pasangan hidup itu adalah melalui agamanya..jika dia taat kepada agamanya dengan izin Allah dia bisa mengharungi luasnya samudera rumahtangga juga bijak menangani badai gelora yang melanda tanpa perceraian..

Artikel kali ini adalah untuk meluahkan rasa kecewa saya bilamana melihat senario perceraian..terutama sekali bila terjadi dikalangan sanak saudara sendiri.. (-_-"  Masa majlis perkahwinan bukan main lagi meriah, duit hantaran pun berbelas ribu..tapi malang tidak kekal lama..sigh "

Jika sesetengah sahabat sahabat saya yang fobia untuk berkahwin saya pula sedang menantikan saat saat perkahwinan itu..^_~ Bila masanya? hanya Allah sahaja yang mengetahui.


Tudung VS Sanggul Unta

Bismillahirahmanirahim

Melihatkan fesyen tudung dikala ini semakin hari semakin mengarut..masakan tidak terdapat pelbagai fesyen tudung dipasaran yang tidak mengikut syariat..hinggakan tudung ada bonggol unta...=_=" 

Buka tv saja dengan mudah akan menonton public figurenya tanpa rasa berdosa menggayakan tudung berbonggol unta?!! seperti contoh gambar dibawah ini..

                       bahkan ada yang lebih tinggi bonggolnya dari yang ini

Aduhai wanita wanita yang bergelar muslimah..tidak terkesankah sedikit pun dihati kalian akan ancaman laknat seperti dalam hadis..

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang. Di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat ” 
Riwayat Ahmad - Jil.2 - MS. 223.

Dan tidak inginkah kalian masuk kedalam syurga Allah??

“ dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia.. golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini ” 
Riwayat Muslim. Hadith No 212

Bertudunglah seperti yang disyariatkan. janganlah kita jadi hamba fesyen..aduhai..menangis hati melihat ummah terutama muslimah berkeadaan sebegini..seriously!

Bernilai Dan Beertinya Seorang Muslimah

Bismillahirahmanirahim..

Jalan jalan di blog muslimah tadi saya tertarik dengan artikel mencari 'izzah di blog http://sisi-kehidupan.blogspot.com yang akan saya kongsikan disini. Semoga bermanfaat.. (◕‿◕✿


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai diriku seorang muslimah..ingin menjadi terpandang, bukan dengan cara yang menurutkan perasaan dan kejahilan..

Dirimu terpandang tidak kerana tubuhmu yang buka-bukaan mempamer keindahan..

Dirimu terpandang bukan kerana gemerlap perhiasan yang tersalut dari hujung rambut ke hujung badan..

Dirimu terpandang bukan kerana senyum manis yang dilemparkan pada lelaki sebarangan..

Dirimu terpandang bukan kerana lenggok suara yang lunak menusuk perasaan pada laki-laki di jalanan..

Seorang muslimah, ia terpandang kerana akhlaknya yang bersumber keimanan..

Ia terpandang kerana ilmunya yang membuahkan keteladanan dan kesederhanaan.

Ia santun menjaga kebersihan dan penampilan mengikut syariat tuhan, ia hebat kerana peribadinya yang bermanfaat mengajak insan kepada kebaikan.

Seorang muslimah menjadi mulia dan istimewa, bila kecantikan dan kemanjaan dikhususkan buat lelaki pilihan di atas nama pernikahan..

Hakikatnya, di sisi tuhan, seorang muslimah jadi terpandang bila punya 'izzah yang memberi kebaikan dalam menelusuri kehidupan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Penerangan:  'Izzah maknanya berkisar tentang kekuatan dan kemantapan.

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Bismillahirahmanirahim

Selawat dan salam buat nabi junjungan Salallahu Alayhi Wasallam, para sahabat serta keluarga Baginda sekalian. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..masih lagi diberi nikmat iman dan nikmat kehidupan untuk ku bekerja keras menambah bekalan dihari kemudian..InshaAllah.


Melihatkan senario politik dinegara kita yang tercinta ini..terguris hati melihatkan budaya cantas mencantas, rasuah dan politik lucah!! Astagfirullahalazhim..nilai nilai islam semakin terpinggir kerana demokrasi? Ini kah contoh yang hendak dijadikan ikutan anak anak kita? pewaris yang bakal memimpin negara dimasa hadapan?

Sedih sangat sangat bila ummah berpecah belah..bukankah kita memperjuangkan matlamat yang satu?!! Sesungguhnya hati ini amat merindui daulah islamiah dibawah pimpinan Khilafah Rasyidah..=_="

Mari kita hayati klip video adik Zaid Najmudin "I Love You Malaysia" (。◕‿◕。


PEMUDA PENGHUNI LANGIT

Bismillahirahmanirahim

Kisah ketaatan dan cinta seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarni. moga mendapat ibrah dari kisah ini..^_^

Uwais Al-Qarni terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya, kuat beribadah dan juga seringkali melakukan puasa. Bila malam tiba, dia selalu berdoa, memohon petunjuk kepada Allah SWT. Satu keindahan akhlak Uwais Al Qarni adalah rindu dan cintanya pada Rasullulah. Alangkah sedihnya hati Uwais Al-Qarni apabila melihat tetangganya yang baru pulang berziarah dari Madinah. Mereka telah bertemu dengan Nabi Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam, sedang Uwais hanya mendengar kisah nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam dihujung lidah mereka yang ke sana.

Pilunya hati, memendam rindu dendam yang membara. "Wahai Rasulullah aku amat cinta pada mu namun oleh kerana tanggungjawab ku terhadap ibu, aku pendamkan dahulu hasrat hati ini." Keluh hatinya sayu. Ketika sampai perkhabaran berita tentang Perang Uhud yang menyebabkan Nabi Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya, pandangan Uwais Al-Qarni terlempar jauh.. Nun, di medan Uhud. Matanya bergenang..dia seolah olah mahu berlari mengubat luka dan duka Rasulullah. Tapi apakan daya dia berdiri pasrah dihujung kampungnya yang gersang dan tandus itu di tanah Yaman yang kejauhan. Tanpa disedari Uwais Al-Qarni bergerak pergi jauh dari orang yang bercerita, disuatu sudut dia duduk sendiri mengambil batu dan mengetok giginya hingga patah. Ketika kesakitan itu terbit dia menahannya getus hatinya beginilah kesakitan nabi, "wahai Rasulullah maafkan aku kerana tidak bersamamu." Airmatanya bercucuran membasahi tanah kering.

Hari demi hari berlalu, dan kerinduan Uwais Al-Qarni untuk menemui Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam semakin dalam. Hatinya selalu bertanya-tanya, bikakah mungkin dia dapat bertemu Rasulullah dan memandang wajah beliau dari dekat? Menjamah wajah baginda dengan kesayuan, wajah redup dan bercahaya itu. Ia rindu dan rindu itu tidak tertahan lagi. Jika dapat dia mendengar suara Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam tentu terubat keresahan ini..inilah kerinduan kerana iman.

Kasih dan Cinta pada si Ibu…
Tapi bukankah ia mempunyai seorang ibu yang telah tua dan buta, lagi pula lumpuh? Bagaimana mungkin ia tegar meninggalkannya dalam keadaan yang demikian? Hatinya selalu gelisah. Ketika memandang wajah ibu segera menghampiri, mententeramkan dia. Sambil memicit kaki dan betis ibunya, "ibu saya ada disisi ibu." Katanya dengan nada yang syahdu. Sungguhpun demikian siang dan malam fikirannya diliputi perasaan rindu untuk menatap wajah nabi Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam. Entah mengapa dia tidak dapat menahan semuanya.



Akhirnya, kerinduan kepada Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, meluahkan hasratnya dengan berat hati, dengan penuh adab dan sopan dia memohon keizinan kepada ibunya agar ia diperkenankan pergi menemui Rasulullah di Madinah. "Jika ibu berkata tidak maka cukuplah selawat ku untuk nabi yang tercinta" getus hatinya. Ibu Uwais Al-Qarni walaupun telah uzur, dapat membaca isi hati anaknya itu. Dia merasa terharu  ketika mendengar permohonan anaknya. Ia memaklumi perasaan Uwais Al-Qarni seraya berkata, “pergilah wahai Uwais, anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa dengan Nabi, segeralah engkau kembali pulang.”

Betapa gembiranya hari Uwais Al-Qarni mendengar ucapan ibunya itu. Bagai sibuta yang dapat melihat cahaya. Malam itu Uwais tidak dapat tidur, sungguhpun dirinya masih berada di bumi Yaman jiwanya sudah sampai di bumi Madinah.


Keesokann harinya segera berkemas diri. Menyediakan kelengkapan diri. Seperti mahu bertemu kekasih hatinya berbunga-bunga. Namun, ia tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkannya, serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah mencium tangan dan dahi ibunya, Uwais Al-Qarni berangkat pergi menuju Madinah.Setelah menempuh perjalanan yang jauh, merentas tanah Yaman yang gersang dan tandus akhirnya Uwais Al-Qarni sampai juga dikota madinah. Kakinya semakin cepat melangkah tidak sabar menuju rumah nabi. Segera ia mencari rumah nabi Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam.

Walaupun kepenatan dia tidak segera berhenti rehat setelah ditunjukkan rumah Nabi, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam, keluarlah seseorang seraya membalas salamnya. Segera saja Uwais Al-Qarni menanyakan Rasulullah yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada berada dirumahnya, beliau sedang berada di medan pertempuran. Uwais Al-Qarni hanya dapat bertemu dengan Siti Aisyah ra, isteri Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam. Uwais tertunduk sedih dan pilu. Ketika sudah berada dihadapan pintu  insan yang dirindu dia hanya mendengar berita dan kisah nabi dari mulut isteri baginda.

Airmatanya bergenang lagi. Betapa kecewanya hati Uwais Al Qarni. Dia bergerak ke masjid nabi, duduk disitu melayan perasaan yang gulana. Memerhati rumah nabi seperti melihat susuk tubuh baginda. Airmatanya jatuh bercucuran, lidahnya terus berselawat ke atas baginda. Dari jauh ia datang untuk berjumpa langsung dengan Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam, tetapi nasib tidak menyebelahi.

Ingat Pada pesan Ibu …
Dalam hati Uwais Al-Qarni bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam dari medan perang. Ada ketika dia kembali berdiri di depan pintu rumah nabi, dan ada ketika dia berjalan lalu dibelakang rumah nabi, memikirkan apakah mungkin dia dapat menunggu nabi. Tapi bilakah Nabi akan pulang? Sedangkan masih terngiang di telinganya pesan ibunya yang sudah tua dan sakit sakitan itu, agar segera pulang ke Yaman. Ketika pesan ibu dingatnya, dia tidak berupaya karena ketaatannya kepada ibunya, pesan ibunya mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam.

Dia menoleh kembali melemparkan pandangan dengan penuh kesayuan ke arah rumah nabi. Pandangan terakhir, mengucapkan selamat tinggal serta menitipkan salamnya untuk Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam.  kemudian Uwais melangkah pergi dengan berat hati. Demikianlah kisah indah seorang insan yang tidak dikenal orang Madinah tidak dipeduli orang sekeliling. Namun hatinya penuh dengan bunga keharuman, cinta kasih tulus untuk nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam dan taat setia pada si ibu. Tidak mungkin semuanya terpisah ia sudah sebati dalam dirinya.

Apakah mungkin kita mampu setaat Uwais Al Qarni atau bisa melabuhkan cinta rindu nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam seumpama Uwais Al Qarni. Mampu merentas gurun padang pasir yang panas dan tandus, hanya mahu meraih cinta dan rindu pada baginda Rasul dan kembali tanpa keberhasilan hanya kerana ketaatan pada pesan si ibu yang tua.Bagaimana kita yang sering berada diantara dua persimpangan antara patuh taat dengan ibu atau memenuhi hasrat dan kemahuan diri.

Kenanglah kisah Uwais Al Qarni pemuda tulus ini. Yang hatinya bersih dengan cinta nabi dan setia pada si ibu tua. Dan dengarkan apa kata Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam tentang Uwais Al Qarni..

Peperangan telah selesai dan Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam pulang menuju Madinah. Sesampainya di rumah, Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam menanyakan kepada Siti Aisyah ra tentang orang yang mencarinya.
Nabi mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni anak yang taat kepada ibunya, adalah penghuni langit. Mendengar perkataan Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam, Siti Aisyah ra dan para sahabat tertegun. Menurut keterangan
Siti Aisyah ra, memang benar ada yang mencari Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Nabi Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam melanjutkan keterangannya tentang Uwais Al-Qarni kepada para sahabatnya..“Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah ia mempunyai tanda putih ditengah telapak tangannya.” Sesudah itu Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata, “suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Subhanallah..Alhamdulillah..allahuakbar..!!

LEBIH HEBAT DARIPADA TAUFAN



Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda mengkhabarkan mengenai kejadian bumi ini. Diperingkat awalnya dataran bumi dalam keadaan tidak mantap. Tanah tanih yang bergelombang bagaikan cecair. lalu Allah SWT menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi. dengan itu bumi menjadi lebih kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan makhluk makhluk lain.

Setelah itu malaikat bertanya kepada Allah SWT, selain gunung batu yang pejal itu, masih adakah yang lebih kukuh dan kuat daripadanya? Allah SWT memberitahu malaikat, bahawa selain batu, adalah besi yang lebih kuat. besi mempunyai sifat yang sangat keras. mengatasi kekerasan batu. oleh itu manusia dapat mencipta pelbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuhkan gunung gunung batu hingga hancur.

Malaikat bertanya lagi kepada Allah SWT, apakah makhluk yang lebih kuat daripad besi? Allah SWT memberitahu bahawa api mempunyai kekuatan untuk mengatasi besi. dengan kepanasan yang tinggi besi dapat dicairkan.

Kemudian malaikat bertanya pula kepada Allah SWT, apakah yang lebih gagah sehingga boleh mengatasi kehebatan api? Allah SWT memberitahu bahawa air berupaya mengatasi api. terbukti air mampu memadamkan api.

Malaikat terus bertanya kepada kepada Allah SWT apakah yang boleh mengatasi kehebatan air? lalu Allah SWT memberitahu malaikat Nya, angin adalah makhluk Allah SWT yang lebih kuat daripada air. sebab itu apabila Allah SWT jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan, ia boleh menggelorakan lautan hingga melimpah airnya membanjiri daratan dan memusnahkan segala yang ada dipermukaan bumi.

Malaikat masih tidak jemu dan ingin tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat daripada segala makhluk yang tersebut tadi. dia ialah seorang manusia, yang bersedekah secara senyap sehingga apabila tangan kanannya menghulur tangan kirinya tidak mengetahui. maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT semata mata. dia merahsiakan daripada pengetahuan manusia lain. kekuatan menahan diri daripada terbocor kepada pengetahuan orang, dianggap sebagai lebih kukuh dari batu dan besi.

Allah SWT menjelaskan bahawa seseorang yang mampu mengawal dirinya daripada sifat riyak dan menunjuk nunjuk ketika menderma dan bersedekah adalah makhluk Allah SWT yang kuat. ini kerana ia dapat mengekang dorongan nafsu daripada sifat sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan itu.

Tepuk dada tanyalah iman! jika kita mahu menjadi makhluk yang perkasa pada pandangan 'mata' Allah SWT.

Sumber: Anis 163

Dosa!!

BismillahirRahmanirRahim

Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad Sallallaahu 'Alayhi Wasallam serta keluarga Baginda, juga para sahabat, tabii' dan tabii'in. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...segala puji hanya untuk Mu yang mengatur dan mentadbir alam raya ini.

Hakikat kehidupan sebagai hambaNya yang khilaf tentu tidak ada seorang pun dari kita yang terlepas dari melakukan dosa, baik secara sedar mahupun tidak kerana kita tidak maksum sebagaimana baginda Rasulullah Sallallaahu 'Alayhi Wasallam. muhasabah diri setiap masa..andai kita terleka dan berdosa...ucaplah Astagfirullahaladzim...dan memaknakannya dengan kesungguhan hati ingin bertaubat. disusuli taubat nasuha sekiranya dosa yang dilakukan itu dosa besar.

Sedarkah kita, sekecil kecil dosa lama kelamaan akan menjadi dosa besar jika tidak segera dibetulkan dan  bertaubat. hati kita akan kotor dengan dosa yang tidak disucikan.. Jadi, berhati hati menjaga hati.. agar hati itu tidak mati! Rasulullah Sallallaahu 'Alayhi Wasallam sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila baginda Rasulullah Sallallaahu 'Alayhi Wasallam ditanyakan.. apakah itu dosa?
Baginda menjawab: " Dosa adalah sesuatu yangmenyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya." Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun.

Elakkan dari bercakap bohong. bohong itu dosa. berbohong tentang perkara kecil  akan membawa kepada pembohongan yang besar. kita akan terbelit dan akhirnya memakan diri sendiri. orang yang dibohongi sudah pasti hilang kepercayaan kepada si pembohong. maka, kehidupan orang yang selalu berbuat dosa seringa kali resah.. Mujur dosa itu tidak berbau.

Semoga saya dan kalian pembaca, akan diampunkan dosa dosa kita yang lalu dan yang akan datang.. Amiin.

Salam mujahadah ^_~

Untuk Mu Sahabat






Perjuangan ini tidak akan pernah putus kerana diikat dengan rantai iman...
Mujahidah tidak akan keseorangan kerana diikat dengan tali ukhuwwah...
Istiqomah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan...
Semoga ikatan ukhuwwah ini terbina untuk selamanya....


Ditujukan khas buat sahabat sahabat yang pernah mengenali diri ini.

THANK YOU ALLAH





Kadangkala Allah hilangkan mentari..



Kemudian Dia datangkan guruh..




Puas kita menangis..mencari mana mentari kita..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..




Situasi seperti ini seringkali terjadi kepada saya..dan yang paling terkesan sekali ketika ke'hilang'an pak kadut..berkali kali saya bermonolog dengan diri, kenapa tidak saya diberi peluang lebih lama untuk bersama dengannya...? tapi Allah itu Pentadbir yang Bijaksana dan Maha Mengetahui perkara yang ghaib, akhirnya kesedihan terubat dengan kehadiran ci kecil yang tidak kurang comel dan keletahnya...(。◕‿◕。)

Thank you Allah atas mehnahnya

Zikrullah

BismillahirRahmanirRahim

Alhamdulillah...berkesempatan lagi menulis di sulap ini, salah satu jalan dakwah alternatif masa kini...ada yang menyebut berdakwah di alam maya ini sebagai 'highway'..hah, jika dahulu para da'i menggunakan jalan dakwah melalui ceramah/tazkirah di masjid masjid dan tempat tempat yang lain dan juga menggunakan medium tulisan buku buku dan kitab kitab kini...amat beruntung sekali kita ya..sudah boleh berdakwah melalui alam maya... alhamdulillah.

Pernah tak kita berada dalam situasi resah gelisa dalam kata lain tak tenteram lah...hmm, puas juga kita menemteramkan perasaan itu...tapi malang hati yang resah tak juga kunjung tenang. lalu kita pun mencari ketenangan dengan mendengar lagu dan juga bermain game...dulu masa di IPT begitu lah saya...haha, kan dah kantoi =_=" tapi pernahkah kita semasa hati tengah resah gelisa itu ingat kepada Allah pencipta kita?
Agak agak dalam sehari berapa kali ya kita berzikir?






Dan ingatlah ikhwan..mengingati Allah itulah zikir..hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati kembali tenang..hati yang tenang mampu mengawal nafsu liar. jadi selalulah mengalunkan zikir zikir dilidah juga dihati.
Allah telah berfirman, dalam surah Ar Rad ayat ke 28 mafhumnya:

" ketahuilah dengan zikrullah itu,
akan tenang tenteramlah hati manusia.."   

Rasulullah Sallahu 'Alayhi Wasallam pernah mengajarkan puteri tercintanya Fatimah Az Zahrah zikir Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar untuk mengubat hati puterinya itu 'tika Fatimah mengadu kepada baginda Sallahu 'Alayhi Wasallam dek kerana keletihan seharian bekerja.

Jadi tanamkan di hati kita tiada hari jika tidak dengan zikir kita kepada Allah SWT. selamat beramal ^_~


Salam mujahadah

Solat

BismillahirRahmanirRahim

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan rasa juga pandangan hasil daripada pemerhatian dan pembacaan saya tentang ibadah solat dalam kehidupan sehari hari. Alhamdulillah rezeki berupa pengetahuan yang sedikit cuma ini saya kongsikan disini. Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad Sallallaahu 'Alayhi Wasallam serta keluarga Baginda, juga para sahabat, tabii' dan tabii'in.

Ketika menonton Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 dalam bulan Febuari lalu, salah seorang panelnya iaitu Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ada menyatakan statistik rakyat malaysia yang menunaikan solat fardhu 5 waktu hanya 20%? terkedu saya. Jadi yang meninggalkan solat melebihi separuh dari kalangan yang beragama Islam. bukankah ini suatu fenomena yang dianggap 'sakit'.

Duhai ikhwan muslimin/muslimat solatlah...solatlah...solatlah sebelum kita disolatkan. kenapa meninggalkan solat? sedangkan banyak sekali kebaikkan yang terkandung dalam ibadah solat itu..tahukah kita dengan bersolat 5 waktu sehari semalam dengan khusyu'...


: hati menjadi terang
: wajah bercahaya
: membuahkan rasa redha terhadap Tuhan yang Maha Penyayang
: membuat syaitan berasa marah
: menjadi penolak bala
: menghilangkan kejahatan musuh
: memperbanyakkan rahmat
: menolak siksa kubur dan siksa di hari akhirat.
: mendekatkan diri dengan Allah
: mencegah segala yang keji dan mungkar.

Cuba kita perhati dan lihat saudara saudara kita yang istiqomah dalam melakukan solat..bagaimana akhlak mereka..cantik bukan? nah, marilah kita bersegera melakukan solat jangan bertangguh. suatu kebaikan itu harus disegerakan ^_^ tidakkah kita ingin masuk ke syurga Allah? pastinya semuanya bercita cita masuk syurga..justeru rebut peluang itu, jangan nanti kita menyesal dikemudian hari kerana bekalan kita untuk ke negeri akhirat kosong.



Juga disini saya selitkan kelebihan solat seperti yang disabdakan baginda Rasulullah Sallallaahu 'Alayhi Wasallam yang dipetik dari buku rahsia solat oleh Syeikh Abdur Rahman Siddiq b. Muhammad 'Afif Al Banjari iaitu...

: solat menghasilkan keredhaan Allah
: membuahkan kasih sayang para malaikat
: beroleh cahaya makrifat
: membuatkan Allah SWT memakbulkan akan doa yang dipanjatkan
: penyebab diterimanya segala amal yang lain
: murah rezeki
: menyihatkan badan
: pelindung terhadap semua musuh
: menjadi penyebab kebencian syaitan.
: syafaat bagi seseorang dalam menghadapi sakaratul maut.
: penerang didalam kubur
: menjadi hamparan pembaringan di alam kubur
: menjadikan seseorang dapat menjawab pertanyaan munkar dan nakir.
: membuatkan seseorang berasa selesa didalam kubur sehingga hari kiamat.
: menjadi naungan diatas kepala dari panas matahari dihari kiamat nanti
: menjadi mahkota diatas kepala
: menjadi pakaian badan
: menjadi lampu penerang didepan ketika berjalan
: menjadi pendinding dari api neraka
: menjadi hujjah
: memberatkan timbangan amal kebajikan
: membantu kita melintasi jalan di Titian Sirat al-Mustaqim di akhirat
: dapat membuka pintu syurga

Amat rugi ikhwan sekalian andai kita meninggalkan perintah solat, bukan sahaja mengundang dosa besar kerana meruntuhkan tiang agama bahkan kita semakin jauh dari Allah SWT...nauzubillah minzalik.


وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."   Surah Al Baqarah : 45

Moga coretan kali ini ada manfaatnya buat kita bersama dan moga hati hati kita semua dipimpin dengan taufik dan hidayah oleh Allah SWT untuk terus dekat kepada Nya...amiin.

Sekian dulu, salam mujahadah....(。◕‿◕。)