Segala Puji Hanya Untuk Mu..Ya Illahi

Bsimillahirahmanirahim

Selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad Salallahu 'alayhi Wasallam, para sahabat baginda, para tabi'in dan orang orang yang mengikut jejak langkah mereka sehingga hari pembalasan. Terimalah kepulangan mereka dengan sebaik baiknya.. Maha Suci Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan dari segala sifat tercela yang mereka cuba menempelkan kepadaNya. Juga salam sejahtera untuk para Rasul utusan. Allahuma ameen.

“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucapkan tasbih kepada Allah, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”  Surah As-saff, ayat pertama.

Daripada ayat diatas mengertilah kita bahawa setiap sesuatu yang ada di langit dan di bumi bertasbih memuji Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dari yang hidup bernyawa sehinggalah yang tidak bernyawa semuanya tunduk dan memuji Tuhan pencipta semesta alam. Dari sekecil kecil haiwan hingga sebesar besar haiwan.. dan dari yang bisa terbang di awanan hingga yang hidup melata di muka bumi...tunduk berzikir memuji Sang Khaliq.

cik semut yang rajin
ibu dan anak sama sama  besar
si kecil molek
si pantas berlari
Di daratan juga yang berada dilautan tunduk syukur memuji hanya kepada Mu...Rabbal 'Alamin..

terbang lah burung terbang
meneroka ke dasar laut
Jika seluruh apa yang ada dilangit dan dibumi tunduk memuji Tuhannya..kita sebagai manusia makhluk istimewa yang diangkat sebagai khalifah, masih ada yang tidak memuji Tuhannya??

Pssst:: saya suka membela haiwan banyak banyak di rumah..kerana semakin banyak kita bela semakin berkah rumah kita...haiwan belaan kita kan berzikir setiap masa..(◕‿◕✿



No comments:

Post a Comment