Senyum a.k.a Smile

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Hari yang indah (◕‿◕✿   walaupun agak redup kerana baru lepas hujan tapi hari ini menyajikan cuaca yang sejuk dan nyaman selepas beberapa hari panas yang membahang.. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menikmati pengalaman ini lagi.


Senyum dari hati menjadikan dunia kita sepanjang hati berseri seri walau ada yang mencoba untuk mengganggu gugat keceriaan kita, semua akan padam dengan sebuah senyuman..pasti (◕‿◕✿

Sedari kecil ku hingga dewasa ini emoticon smile senantiasa mendampingi hasil coretan santai ku.. ianya untuk mengambarkan perasaan kita ketika menulis kan =) ..okay mari kita kaji sejarah Mr. Smile (◕‿◕)

Dikatakan individu pertama yang menggunakan emoticon :-) dan :-( adalah Scott Fahlman, pensyarah penyelidik di Carnegie Mellon Universiti. Beliau mencadangkan :-) dan :-( digunakan untuk menandakan ekpresi terhadap perbualan atau jenaka yang dikongsikan dikalangan staf, pelajar serta ahli fakulti pada papan utama mereka. Apa yang diusahakannya pada 19 September 1982 itu tersebar dengan meluas dalam masa beberapa bulan dikalangan pengguna makmal penyelidikan dan universiti.. Selepas itu emoticon smile digunakan seluruh dunia.. kini smile (◕‿◕) telah berusia 29 tahun!

        Mr. Smile sudah dewasa... yay!

:: Senyum dari hati, dunia mu pasti berseri ::

No comments:

Post a Comment