Peringatan Untuk Diri

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Allahuma solli ala saidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam.. selawat dan salam buat rasul tercinta Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam, para sahabat baginda serta orang orang soleh yang mengikuti jejak langkah baginda Salallahu 'Alayhi Wasallam dari mula hingga ke hari penghabisan.. Alhamdulillah, puji pujian hanya untukMu yang menguasai jiwa ini.. syukur ku atas nikmat Islam yang Engkau kurniakan untuk para hamba hamba Mu yang beriman kepada Mu.. Alhamdulillah.



“ Hai Nabi katakanlah kepada isteri isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri isteri orang mukmin: “ hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. ” yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” surah Al Ahzab: 59


Telah datang perintah kepada kaum wanita supaya menghulurkan jilbab dan melabuhan pakaian yang dipakainya.. wanita yang menutup wajah juga adalah tanda wanita baik baik.. dengan menutup wajahnya akan terhindarlah wanita itu dari fitnah yang boleh membinasakan dirinya, selain ia merupakan sunnah yang diamalkan oleh para ummahatul mukminin. 


Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam pernah bersabda;


“Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, syaitan terus memandanginya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).” hadis diriwayatkan oleh  At Tirmizi   


Dan perlu difahami bahawa Islam memandang tinggi martabat seorang wanita dengan perintah menutup aurat (dengan sempurna), dengan niat semata mata kerana Allah SWT dan demi menghidupkan kembali pakaian sunnah..
Bak kata Ustazah Noraslina, "melindungi aurat dan mengenakan hijab yang sempurna bukan kerana semakin ramai wanita melakukannya, bukan dek terikut ikut dengan trend semasa, juga bukan kerana mahukan pujian sebagai wanita solehah yang terpilih dan mulia, tetapi demi mencari keberkatan dengan mengikuti ‘jalan’ para isteri nabi dan sahabiah di zaman baginda yang merupakan sebaik baik contoh tauladan dan tuntunan buat muslimah beriman."


Saya doakan agar iman kita semua terpelihara.. coretan ini adalah untuk peringatan buat diri saya sendiri juga buat saudari yang sudi singgah di sulap ini..moga bermanfaat  :: Salam Mujahadah ::

No comments:

Post a Comment