Cantiknya lelaki, gagahnya wanita

Ketahuilah lelaki yang cantik itu adalah…

ü  Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
ü  Lelaki yang sedia menerima teguran
ü  Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
ü  Lelaki yang tenang dan lapang dada
ü  Lelaki yang berbaik sangka
ü  Lelaki yang tidak putus asa
ü  Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan



Wanita yang gagah itu adalah…

     ü  Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
     ü  Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
     ü  Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
     ü  Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan




Al-Ghazali :: ihya ulum id-din

Seek what you wish from God
Not from men

Be satisfied in joy
There is honor therein

On friends and relatives
Be not a burden

Rich is who hopes from God
Not from men



Tiada Yang Kekal Melainkan ALLAH





:: Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali ::

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.

2.  Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3.  Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh menjadi hamparan.

4.  Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5.  Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan 'Laa ilahaillallah Muhammad Rasulullah' supaya kamu dapat menjawab kepadanya.



P/s: sama samalah mengamalkan...inshaAllah dipermudahkan segala urusan kita 'disana'.

Doa Rhabitah


Ya Allah,
menjelanglah kini malamMu
beredarlah sudah siangMu
inilah keluhan suara dan pinta dari para du'ahMu
maka oleh itu ampunkanlah dosa ku...

Ya Allah,
engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul mengasihiMu
bertemu untuk mematuhi perintahMu
bersatu memikul beban dakwahMu
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya
penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap

lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman
dan keindahan tawakkal kepadaMu
suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu
jika Engkau mentakdirkan mati
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada
dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik Penolong...

PALESTINE WILL BE FREE


Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you

Coz your soul will always be free
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


Oh Palestin!




Segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya. Segala puji bagi Allah yang menguasai hidup dan mati kami, keluasan dan kesempitan kehidupan kami,
kesenangan dan kesusahan hayat kami. Segala puji bagi Allah yang pada tanganMu terikat segala-galanya, yang pada kudratMu terkawal segala-galanya.


Selawat dan salam atas kekasihMu, Muhammad Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta semua mereka yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hinggalah pada hari yang Engkau janjikan akan hancur segala-galanya.


Ya RABB... Engkau mendengar segala bicara kami, Engkau melihat segala apa yang berlaku pada kami, Engkau mengetahui segala-galanya, lebih dari apa yang kami ketahui.Hanya kepada Engkau sahajalah kami tunduk menghinakan diri, hanya kepada Engkau sahajalah kami sujud taat merendah diri, hanya kepada Engkau sahaja yang kami adukan segala masalah kami, hanya kepada Engkau sahaja segala pertolongan kami pinta, hanya kepada Engkau sahaja tempat kami bergantung dalam segala hal dan perkara.


Maka bantulah kami...bantulah kami...bantulah kami...ya ALLAH.


Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang menderita dihentam oleh kaum yang pernah mengkhianatiMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang teruk diserang oleh musuh-musuhMu yang hendak memadamkan agama suciMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang tersepit dan terhimpit atas tindakan kaum Yahudi yang ingin memusnahkan deenMu.


Sesungguhnya hanya Engkaulah ya Allah, lebih tahu apa yang berlaku terhadap saudara kami di Gaza khasnya, dan di seluruh Palestin amnya. Maka kepada Engkau sahajalah yang kami mampu adukan hal kami dan hal mereka. Maka perkenankanlah doa kami, ya Rahman.


Ya Allah, Engkau perkuatkanlah saf pejuang-pejuang yang mempertahankan agama suciMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya Allah, Engkau bantulah hamba-hambaMu yang sedang bermatian mempertahankan agama suciMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya Allah, Engkau bantulah hamba-hambaMu dalam perjuangan mereka. Amin ya Allah.



Mampukah aku??

11 golongan yang didoakan oleh malaikat ::

ü  orang yang tidur dalam keadaan bersuci
ü  orang yang duduk menunggu solat
ü  orang2 yang berada di shaf bahagian depan dalam solat
ü  orang2 yang menyambung shaf (tidak dibiarkan ruang kosong ditengah2 shaf)
ü  orang yang duduk ditempat solatnya setelah melakukan solat
ü  orang2 yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah
ü  orang2 yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
ü  orang2 yang berinfak
ü  orang yang makan sayur
ü  orang yang menziarahi orang sakit
ü  orang2 yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain

mudah-mudahan saya dan kamu diantara yang didoakan oleh para malaikat...amiiin.



MUSLIMAH SEJATI






Muslimah sejati bukan terukur pada zahir
tapi terserlah pada tutur
terhampar pada pekerti
terserlah pada santun
tersentuh pada hati
yang indah sukar dicari
tanpa nilaian mata hati...









Keangunan dan keindahan tidak ditentukan oleh kecantikan wajah..
Wajah yang cantik tidak akan terlihat indah dek tertutup oleh kabut penghalang..
Dan wajah yang biasa biasa sahaja akan terlihat indah kerana pancaran keagungan dalam dirinya..

Jadi....
Mahu memilih yang mana?
Ingatlah..jangan sampai rugi.
Penyesalan tiada bererti...dan
Teman sejati adalah asma Illahi yang selalu hadir di hati..


Wanita Dan Pohon Semalu

Bismillahirrahmanirrahim...




Sinonimnya wanita dengan pohon semalu kerana:

  • Semalu menguncup apabila disentuh; membayangkan wanita itu perlu punya perasaan malu (malu bertempat). 
  • Semalu punyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri; dimana wanita perlu tahu menjaga dan mempertahankan maruah diri daripada anasir jahat yang berkepentingan.
  • Semalu punyai akar tunjang yang kuat mencengkam bumi; mengisyaratkan perlunya hubungan yang kuat dan erat kepada Sang Pencipta...wajib ada.
  • Semalu menguncup dengan sendiri pabila senja menjelang tiba; sememangnya wanita perlu berada di tempat yang baik ketika waktu semakin senja.
Cetusan rasa dari pembacaan dan pemerhatian alam... ._."

Ambillah Waktu


Ambillah waktu untuk berfikir, kerna itu sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bersukan, kerna itu sumber sihat dan cerdasnya minda.
Ambillah waktu untuk berdoa, kerna itu sumber ketenangan jiwa.
Ambillah waktu untuk belajar, kerna itu sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan di cintai, ikerna itu hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, kerna itu jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, kerna itu satu dari rahsia awet muda.
Ambillah waktu untuk memberi, kerna itu membuat hidup bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, kerna itu nilai keberhasilan.

Mujahidah

Bismillahirrahmanirrahim.

Mulakan langkah mujahadah sekali lagi jika gagal sekali... itu antara kata kata yang sering bertandang di minda ketika diri berasa longlai dan hampir tesungkur di perjalanan itu.

Bijak pandai ada berkata; kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali kali. Tanpa ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walau berkali-kali mundur dan terbentur, bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati! Mati hati dalam mengharapkan cahaya Illahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Allah tidak akan menutup pintu keampunan Nya, ... kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itu perjuangan tetap ada. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitu jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu.

Tidak ada jalan lain, melainkan bangkit dan bermujahadah. Hati boleh berkarat, pencucinya adalah Al-quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang digariskan oleh Rasul junjungan. Pesan Imam Ghazali; Carilah hati mu ditiga tempat ... temui hati mu tika bangun membaca Al-Quran, andai tidak kau temui carilah hati mu tika kau mengerjakan solat, andai tidak kau temui jua carilah hati mu tika kau duduk bertafakur mengingati mati, andai tidak jua kau temui maka berdoalah kepada Allah mohon hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau sudah tidak mempunyai hati!

Duhai diri yang bermujahadah, ingat pesan atok...
Tidak mengapa andai engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. kerana ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada dihujung jalan, bahkan ada disepanjang jalan. Genggam Al-Quran, ingat kematian dan bangun lah!


kerana jalan bermujahadah itu payah tapi indah...(^_^)


Demonstrasi...?

Setelah lama tidak menjenguk laman genta-rasa.com petang ini laju saja jari mengklik dan terpandang satu entri yang sangat baik untuk dijadikan iktibar dan muhasabah diri. Jom baca...

MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!



Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

p/s: suka baca blog Ust. Pahrol Juoi (genta-rasa.com)

Khutbah Terakhir Nabi SAW



Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir,
maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah,
Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin,
di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu
semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia
kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci."

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya
yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan
Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,
mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaanku.

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Ayuhh!

...al-Ahzab:56
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat
keatas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman,
berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."


Riwayat al-Dailami daripada Abu Zar r.a

"Sesiapa berselawat untukku pada hari jumaat 200
selawat, diampuni Allah segala dosanya selama
200 tahun."

p/s: jom selawat, tambah amal beroleh syafaat.