LEBIH HEBAT DARIPADA TAUFAN



Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda mengkhabarkan mengenai kejadian bumi ini. Diperingkat awalnya dataran bumi dalam keadaan tidak mantap. Tanah tanih yang bergelombang bagaikan cecair. lalu Allah SWT menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi. dengan itu bumi menjadi lebih kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan makhluk makhluk lain.

Setelah itu malaikat bertanya kepada Allah SWT, selain gunung batu yang pejal itu, masih adakah yang lebih kukuh dan kuat daripadanya? Allah SWT memberitahu malaikat, bahawa selain batu, adalah besi yang lebih kuat. besi mempunyai sifat yang sangat keras. mengatasi kekerasan batu. oleh itu manusia dapat mencipta pelbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuhkan gunung gunung batu hingga hancur.

Malaikat bertanya lagi kepada Allah SWT, apakah makhluk yang lebih kuat daripad besi? Allah SWT memberitahu bahawa api mempunyai kekuatan untuk mengatasi besi. dengan kepanasan yang tinggi besi dapat dicairkan.

Kemudian malaikat bertanya pula kepada Allah SWT, apakah yang lebih gagah sehingga boleh mengatasi kehebatan api? Allah SWT memberitahu bahawa air berupaya mengatasi api. terbukti air mampu memadamkan api.

Malaikat terus bertanya kepada kepada Allah SWT apakah yang boleh mengatasi kehebatan air? lalu Allah SWT memberitahu malaikat Nya, angin adalah makhluk Allah SWT yang lebih kuat daripada air. sebab itu apabila Allah SWT jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan, ia boleh menggelorakan lautan hingga melimpah airnya membanjiri daratan dan memusnahkan segala yang ada dipermukaan bumi.

Malaikat masih tidak jemu dan ingin tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat daripada segala makhluk yang tersebut tadi. dia ialah seorang manusia, yang bersedekah secara senyap sehingga apabila tangan kanannya menghulur tangan kirinya tidak mengetahui. maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT semata mata. dia merahsiakan daripada pengetahuan manusia lain. kekuatan menahan diri daripada terbocor kepada pengetahuan orang, dianggap sebagai lebih kukuh dari batu dan besi.

Allah SWT menjelaskan bahawa seseorang yang mampu mengawal dirinya daripada sifat riyak dan menunjuk nunjuk ketika menderma dan bersedekah adalah makhluk Allah SWT yang kuat. ini kerana ia dapat mengekang dorongan nafsu daripada sifat sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan itu.

Tepuk dada tanyalah iman! jika kita mahu menjadi makhluk yang perkasa pada pandangan 'mata' Allah SWT.

Sumber: Anis 163

No comments:

Post a Comment