Silhouette Tip

Bismillah [dengan nama Allah]
Sollu 'ala Rasoolillah 

Bila gugel saja perkataan silhouette, pastinya akan terpapar foto-foto yang menarik, misteri, dramatik dan pelbagai ungkapan lagi.. kerana teknik ini lately amat popular dikalangan rakan-rakan saya =) okey, maka kiriman kali ini saya nak kongsikan sedikit tip bagaimana merakam foto silhouette..


foto ni mengingatkan saya zaman remaja dahulu,
sekarang pun still remaja lagi.. jiwa sentiasa remaja  ^_^

1. Pilih subjek yang menarik dan kuat 

Memilih sesuatu yang kuat, mudah dikenali yang juga cukup menarik untuk memastikan mereka melihat  akan memahaminya. kerana silhouette tidak menarik perhatian dengan warna tetapi lebih kepada tekstur juga tona subjek.

2. Matikan flash 

Jika kamera anda dalam mod auto, kemungkinan untuk flash anda berfungsi adalah besar dan ini akan merosakkan gambar. secara asasnya anda perlukan sedikit atau tiada cahaya langsung dari sisi hadapan subjek anda. so, matikan flash.

3. Pastikan pencahayaan anda betul yo! 

Untuk pencahayaan subjek, sila lupakan apa yang anda belajar selama ini dan berfikir sebaliknya..okey? so, anda kena pastikan lebih banyak cahaya datang dari belakang subjek, betul-betul memancarkan ke dalam lensa kamera anda ~ . ^ ..Letakkan subjek anda membelakangkan matahari terbit or lampu kereta (apa sahaja punca cahaya yang kuat).

4. Bingkai imej 

Bingkaikan siap-siap foto anda dengan merakam subjek dihadapan latar ringkas tetapi terang (latar yang baik adalah langit terang tanpa awan) Tempatkan sumber kuasa terang itu dibelakang subjek (motif:: untuk subjek menyembunyikan latar dan pada masa yang sama memberi efek menarik).

5. Subjek silhouette tidak berserabut 

Pastikan tiadasubjek atau objek lain dalam satu-satu foto silhouette. jika anda merakam foto silhouette orang dan pokok, dimana orang itu berada di depan atau bersandar pada pokok, silhouette akan mengelirukan mereka yang melihatnya. merakam silhouette orang adalah lebih baik jika orang tersebut pose dalam kedudukan profil. dimana bentuk hidung, mulut dan sebagainya kelihatan.

6. Mod Auto 

Kebanyakkan kamera digital mempunyai permeteran automatik yang baik untuk mengesan kekuatan pendedahan gambar agar semuanya teratur. masalahnya, bila kamera digital terlalu pintar, ia akan memberikan cahaya kepada subjek berbanding 'under expose' untuk kesan silhouette. dan kebanyakan kamera menentukan sendiri tahap exposure dalam mod auto apabila anda menekan separuh shutter.

Caranya adalah menghalakan kamera kebahagian paling terang dalam gambar dan tekan separuh shutter. then gerakkan kamera kembali kepada bingkai gambar subjek, dimana anda mahu gambar akhir dihasilkan. trik kamera anda untuk mengambil cahaya terang dalam imej sebagai 'mid tone' supaya yang lebih gelap daripada ini akan dilihat sebagai bayang hitam menarik.

7. Mod Manual

Sekiranya mod auto tidak berjaya dan kamera anda mempunyai kawalan exposure manual, okey, kita buat setting sendiri. kelebihan foto digital adalah anda boleh ber-eksperimen sehingga anda mendapat hasil yang dikehendaki. cara mudah memulakan mod manual ialah dengan melihat kelajuan shutter dan apertur ketika ia dalam mod auto. bermula dari situ, jika subjek terlalu terang.. gelapkannya dengan menurunkan satu atau dua titik shutter. guna teknik 'bracketing' untuk hasil rakaman dengan dedahan berbeza-beza.

8. Fokus

Dalam apa keadaan sekalipun, anda pasti mahu subjek silhouette anda fokus dan jelas. jika kamera anda ada fokus manual kenapa tidak mencubanya. pra-fokus gambar sebelum menetapkannya. cara lain ialah bermain dengan apertur. lebih kecil apertur, lebih tinggi 'depth of field' ( berkemungkinan anda dapat merakam gambar subjek dan latar yang jelas).

silhouette :: martial art

# Sementara silhouette yang pegun, jelas dan hitam gelap boleh menjadi foto yang kuat, pertimbangkan juga silhouette separa. dengan sedikit perincian subjek kelihatan, sedikit cahaya terlepas masuk kedalam foto boleh menjadikan foto lebih tiga dimensi dan nampak real. 

gambar sesaja.. [sekeping gambar seribu tafsiran]

::sumber : mpc 184::
16 Jamadilawal 1433H
07:17 waktu malaysia

No comments:

Post a Comment