Sollu 'ala Rasoolillah ﷺ
Setiap hari, detik dan ketika sebagai manusia biasa sudah pasti kita tidak pernah lari dan lolos dari melakukan silap, maksiat dalam erti kata lain dosa lah senang.. manusia, biasa lah. bukan maksum pun. tapi dalam kita melakukan dosa itu, antara dalam sedar atau tidak.. sudahkah kita meminta ampun (sungguh-sungguh) kepada yang Tuhan Pencipta? jika belum sila lakukan.. kerana mati takda tangguh-tangguhnya bila ajal dah sampai..
"Sesungguhnya Allah membukakan TanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada petang harinya. Allah juga membukakan TanganNya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam harinya, sampailah matahari terbit dari tempat tenggelamnya (kiamat)." [HR. Muslim] ® peringatan untuk diri sendiri.
Allah tidak pernah jemu mengampuni
Maha suci Tuhan semesta alam.. daripada Abu sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wassallam bersabda yang bermaksud;
"Iblis berkata kepada Tuhannya: 'demi keperkasaanMu dan keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka.'
Allah subhanahu wa ta'ala menjawab: 'demi keperkasaanKu dan keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripada Ku.' "
Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad
Demi keperkasaan dan keagungan Tuhan yang menciptakan kita, mari muhasabah sebentar dan mohon lah ampun padaNya.. moga-moga kita tergolong dalam hambaNya yang mendapat keampunan.
...dan pabila mentari terbitnya di barat, maka ketika itu segala penyesalan tidak berguna, kerana telah tertutup rapatlah pintu taubat buat tiap yang bergelar manusia. |
30 Jamadilawal 1433H
01:43 waktu Malaysia
No comments:
Post a Comment