#Selamat Tinggal Dunia skateboard#

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

; skatergirl yang mendapat hidayah.. Alhamdulillah.
Semasa diawal usia remaja sehingga kini, du'a mintak hidayahNya tidak ketinggalan samada berdu'a 'tika sedar atau lalai.. dan alhamdulillah Allah makbulkan kerana bertahun-tahun du'a yang sama diulang tanpa jemu. Jika di ingat-ingat zaman dahulu yang bergelumang dengan gaya hidup sebagai skatergirl, aku jadi malu, menyesal kerana masa remaja dibazir percuma dengan aktiviti sebegitu.. baru sekarang terfikir dan menyesal sepenuhnya. ohh masa ku terbuang dengan sia-sia! Kadang-kadang cemburu juga dengan rakan-rakan menjadi soleh/solehah sedari awal remaja bahkan hafiz dan hafizah pula.. sangat beruntung mereka.

Bukan mak dan ayah tidak mendidik dan mengajar tapi entahlah, hidup berjauhan dengan keluarga selama 7 tahun banyak mempengaruhi cara fikir dan gaya hidup ku kearah aktiviti papan luncur. ada yang berkata biarlah asalkan tidak terlibat gejala yang tak bermoral sudah.. itukan termasuk sukan juga. hmm, begitulah antara kata-kata dari beberapa sedara mara yang ku kira memahami dikala itu. -_-"

Tapi Tuhan sememangnya Maha Penyayang.. pintu hidayah untuk ku dibuka seluasnya.. kini sudah 6 tahun ku tinggalkan aktiviti papan luncur, ku pilih jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.. aku bahagia dengan pilihan ini.

kickflip 
Selamat tinggal dunia skateboard ... ternyata cinta Ilahi itu lebih menyeronokkan dan nyaman.
#salam mujahadah, musafir ini diteruskan lagi dalam mencari redhaMu ya Ilahi#

29 Jamadilawal 1433H
01:10 waktu Malaysia

No comments:

Post a Comment