; Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan!

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 


:: terkadang kita disibukkan (teruja) nak berdakwah kepada orang lain, sedangkan jika ditoleh ke saf belakang (ahli keluarga; kaum kerabat sendiri) masih ada yang keciriran dari dakwah kita (bagi yang kaum kerabatnya dah ready warak, syukur alhamdulillah).. even diri sendiri pun masih sangat-sangat memerlukan dakwah! :: jadi, nasihat kepada diri sendiri untuk berdakwah dahulu kepada diri sendiri dan kaum kerabat mu.. okey. ~.^ sama-sama kita lakukan transfomasi diri.


mari semua, kita dekat dan rapatkan diri dengan Allah
jangan biaq the calling become another missed call again.

Dibawah ne saya kongsikan tip untuk panduan serba sedikit kepada yang dah lama tinggal solat.. ramaikan yang tinggal solat? solat separuh-separuh pun ramai..kan..kan? jom ubah, kita wujudkan rasa seronok mengerjakan solat.. betapa nikmat itu hanya dirasai oleh mereka yang mengerjakannya sahaja.

Tip mengerjakan solat, (setelah lama tak buat).

    Kesedaran amat penting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati untuk berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

    Sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten.

    Solat sekali dahulu, baru akan ada solat yang kedua. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah, tiada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.

    Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam untuk kembali solat daipada terkubur. Maka buatlah satu nota motivasi dan tampal ditempat yang mudah dilihat.

    Fahami maksud bacaan dalam solat. Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.

    Jangan tergesa-gesa dalam solat. Sebaliknya bersederhanalah dan ambil sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk mu.

    Tingkatkan imaginasi. Semasa solat,bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai, tidak mampu.. maka ingat bahawa Allah sedang melihat kamu.

    Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering diuji dan digoda amat-amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua itu. Maka doa lah senjata semoga diberi kekuatan untuk mengerjakan solat (konsisten!)

    Perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasakan suatu ketenangan?

    Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat itu. Then, ambik wudhuk dan solatlah dengan khusyuk yang sempurna.. U can do it!

    Be positif! Jangan sekali-kali berfikir bahawa solat akan mengehadkan masa anda. Akan tetapi fikirkan bahawa solat itu adalah faktor kejayaan anda.

    Sokongan padu dan rohani daripada keluarga dan rakan-rakan. Katakan pada mereka yang anda hendak berubah.

    Setiap perkara pasti ada musuhnya, perangi habis-habisan rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.

    Banyakkan mendalami ilmu. Hanya dengan ilmu dan diamalkan akan membuahkan hasil (iman).

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan ku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah du'a permohonan ku."

#Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan! #Salam mujahadah#

01 Jamadilakhir 1433H
01:07 waktu Malaysia.

No comments:

Post a Comment