Jadikan Dirimu Seperti Mereka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

 
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  4. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Eid Mubarak

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Salam lebaran buat sahabat sahabat pembaca juga pengunjung sulap mujahidah.. moga Ramadhan yang lalu dapat membentuk diri kita semua kearah yang lebih baik dari sebelumnya.. dan semoga kita di beri kesempatan lagi untuk bertemu pada Ramadhan yang akan datang.. inshaAllah.


Taqabbalullah minna waminka mubarokah.

Mesti Baca!! (- -"

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Segala puji dan syukur hanya untuk Allah Rabb' Semesta Alam. Selawat dan salam buat Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam..penghulu segala nabi serta keluarga baginda, para sahabat dan umat manusia yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari penghabisan.                                                                                  
Kemarin 03/08/2011 rakyat dikejutkan lagi dengan bahan makanan yang cukup popular digunakan untuk membuat kek dan biskut raya iaitu Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.. untuk rujukan penuh sila klik utusan 






P/s: Berhati hati dalam memilih makanan yang masuk kedalam perut kita.. terutama bila tiba musim perayaan. 

Salam sayang, salam mujahadah.

The Definition of Fasting

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



The Definition of Fasting

Oh You who believe, Siyam has been prescribed for you,
As it was prescribed for those who came before you,
...That you may shield yourselves from Allah’s Wrath
A high and lofty goal and fasting was made the path,

An obligation, rather a mighty pillar of the faith
To abstain from everything that would cause the fast to break,
With an intention for worship from the time of sun’s rise
Until it sets on the horizon for its daily demise

Fasting has two pillars in which consensus was acquired
The first is abstaining from two physical desires
Desire for food and drink, and those of a sexual type
The second is that the intention must be done in the night

True dawn to sunset is the normal time frame observed
But in extreme places the nearest normal neighbor is preferred,
And it is a most virtuous act of worship, if you only knew
To release yourself from your desires, and become a better you

The virtues of fasting are too many to be counted,
And the reward from Allah is too great to be amounted,
But in this short introduction let it suffice to say,
...That it increases your taqwa, which you’ve witnessed every day

During the blessedness of the month, as well as a safeguard from evil
A protection from the Shayateen, those of the Jinn and people,
It’s a deed done only for Allah and so He will be the one to reward it
And it’s gate is Al-Rayyan, and only those who fasted will go towards it

The breath of those who fast, is more beloved than the scent of musk,
To Allah, and an Ummah bonded in worship daily from dawn till dusk,
Gone is gluttony and greed , replaced with compassion for those in need,
And a healthy rest given to bodies that all year we overfeed,


And indeed, one could go on and on
11 months is too long, so Welcome Welcome to Ramadan!


P/s: beautiful poem from akhie AmmarAlShukry

SALAM RAMADHAN KAREEM

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya untuk Allah Rabb' Semesta Alam. Selawat dan salam buat Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam..penghulu segala nabi serta keluarga baginda, para sahabat dan umat manusia yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari penghabisan.

Syukur ku kepada Mu ya Allah.. dengan izin dan kurnia Mu dapat ku bertemu lagi dengan bulan yang menjanjikan seribu barokah ini.. Marhaban Yaa Ramadhan. Dengan harapan Ramadhan kali ini dapat menyucikan jiwa dari segala kekotoran yang terpalit disepanjang 11 bulan yang lalu.. Ya Rabbul 'Izzati, izinkan aku untuk sampai hingga ke penghujung Ramadhan.. agar dapat ku nikmati lagi nikmatnya Ramadhan.

Dikesempatan ini, ingin ku memohon ampun dan maaf andai ada tersilap bicara dan bahasa dalam mana mana jua tulisan artikel di sulap mujahidah ini. ikhlaskan hati bermaaf maafan dan ikhlas dalam setiap tindakan kita.. biiznillah.


Sampai bertemu kembali.. Salam Ramadhan, Salam Mujahadah  (◕‿◕✿



.:: Minda Seorang Da'i ::.

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam buat Nabi tercinta, Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam, keluarga baginda serta para sahabatnya.


Untuk kiriman kali ini saya cuma ingin berkongsi sedikit tulisan Ustaz Zul Ramli  M. Razali tentang minda seorang da'i tulisan ini dipetik dari buku beliau yang berjudul R & R Dilebuh Raya Kehidupan.


Da'i yang buat kerja, bukan tukang cerita..Da'i yang menawarkan penyelesaian, bukan sekadar membentang fakta..Da'i yang mendekati lapangan dan turun padang, bukan berbuku di mimbar lalu melancarkan serangan..Da'i yang menyelesaikan isu, bukan memanfaatkan isu untuk kepentingan lain.. danDa'i yang menjadi bahu bagi memikul amanah agama, bukan menjadi mulut semata mata...




Diriwayatkan daripada Anas r.a;


" Sesiapa yang terdapat didalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya.. dia mengasihi seseorang yang dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan kedalam neraka."
  

Ya Rabbana

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Sehari lagi kita ummat Islam akan menyambut kedatangan bulan Rejab... Alhamdulillah. moga dibulan ini menjadi wadah untuk ku menyiapkan diri menyambut Ramadhan yang mulia nanti..


" Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban 
serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. 
Aku bermohon keampunan Allah Yang Maha Agung 
dan tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, 
Yang Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya... 
Ya Allah, engkaulah Tuhan ku, tidak ada Tuhan yang patut disembah 
melainkan Engkau yang mencipta ku.. 
aku adalah hambaMu dan aku dalam genggaman MU. 
aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada Mu 
sekadar kemampuan yang ada pada ku. 
aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepada ku 
dan mengakui dosa dosa ku. kerana itu aku memohon keampunan Mu 
dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau, Ya Rabbana."