.:: Minda Seorang Da'i ::.

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam buat Nabi tercinta, Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam, keluarga baginda serta para sahabatnya.


Untuk kiriman kali ini saya cuma ingin berkongsi sedikit tulisan Ustaz Zul Ramli  M. Razali tentang minda seorang da'i tulisan ini dipetik dari buku beliau yang berjudul R & R Dilebuh Raya Kehidupan.


Da'i yang buat kerja, bukan tukang cerita..Da'i yang menawarkan penyelesaian, bukan sekadar membentang fakta..Da'i yang mendekati lapangan dan turun padang, bukan berbuku di mimbar lalu melancarkan serangan..Da'i yang menyelesaikan isu, bukan memanfaatkan isu untuk kepentingan lain.. danDa'i yang menjadi bahu bagi memikul amanah agama, bukan menjadi mulut semata mata...




Diriwayatkan daripada Anas r.a;


" Sesiapa yang terdapat didalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya.. dia mengasihi seseorang yang dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan kedalam neraka."
  

No comments:

Post a Comment