Ya Rabbana

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Sehari lagi kita ummat Islam akan menyambut kedatangan bulan Rejab... Alhamdulillah. moga dibulan ini menjadi wadah untuk ku menyiapkan diri menyambut Ramadhan yang mulia nanti..


" Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban 
serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. 
Aku bermohon keampunan Allah Yang Maha Agung 
dan tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, 
Yang Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya... 
Ya Allah, engkaulah Tuhan ku, tidak ada Tuhan yang patut disembah 
melainkan Engkau yang mencipta ku.. 
aku adalah hambaMu dan aku dalam genggaman MU. 
aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada Mu 
sekadar kemampuan yang ada pada ku. 
aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepada ku 
dan mengakui dosa dosa ku. kerana itu aku memohon keampunan Mu 
dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau, Ya Rabbana."

No comments:

Post a Comment