Zikrullah

BismillahirRahmanirRahim

Alhamdulillah...berkesempatan lagi menulis di sulap ini, salah satu jalan dakwah alternatif masa kini...ada yang menyebut berdakwah di alam maya ini sebagai 'highway'..hah, jika dahulu para da'i menggunakan jalan dakwah melalui ceramah/tazkirah di masjid masjid dan tempat tempat yang lain dan juga menggunakan medium tulisan buku buku dan kitab kitab kini...amat beruntung sekali kita ya..sudah boleh berdakwah melalui alam maya... alhamdulillah.

Pernah tak kita berada dalam situasi resah gelisa dalam kata lain tak tenteram lah...hmm, puas juga kita menemteramkan perasaan itu...tapi malang hati yang resah tak juga kunjung tenang. lalu kita pun mencari ketenangan dengan mendengar lagu dan juga bermain game...dulu masa di IPT begitu lah saya...haha, kan dah kantoi =_=" tapi pernahkah kita semasa hati tengah resah gelisa itu ingat kepada Allah pencipta kita?
Agak agak dalam sehari berapa kali ya kita berzikir?






Dan ingatlah ikhwan..mengingati Allah itulah zikir..hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati kembali tenang..hati yang tenang mampu mengawal nafsu liar. jadi selalulah mengalunkan zikir zikir dilidah juga dihati.
Allah telah berfirman, dalam surah Ar Rad ayat ke 28 mafhumnya:

" ketahuilah dengan zikrullah itu,
akan tenang tenteramlah hati manusia.."   

Rasulullah Sallahu 'Alayhi Wasallam pernah mengajarkan puteri tercintanya Fatimah Az Zahrah zikir Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar untuk mengubat hati puterinya itu 'tika Fatimah mengadu kepada baginda Sallahu 'Alayhi Wasallam dek kerana keletihan seharian bekerja.

Jadi tanamkan di hati kita tiada hari jika tidak dengan zikir kita kepada Allah SWT. selamat beramal ^_~


Salam mujahadah

Solat

BismillahirRahmanirRahim

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan rasa juga pandangan hasil daripada pemerhatian dan pembacaan saya tentang ibadah solat dalam kehidupan sehari hari. Alhamdulillah rezeki berupa pengetahuan yang sedikit cuma ini saya kongsikan disini. Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad Sallallaahu 'Alayhi Wasallam serta keluarga Baginda, juga para sahabat, tabii' dan tabii'in.

Ketika menonton Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 dalam bulan Febuari lalu, salah seorang panelnya iaitu Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ada menyatakan statistik rakyat malaysia yang menunaikan solat fardhu 5 waktu hanya 20%? terkedu saya. Jadi yang meninggalkan solat melebihi separuh dari kalangan yang beragama Islam. bukankah ini suatu fenomena yang dianggap 'sakit'.

Duhai ikhwan muslimin/muslimat solatlah...solatlah...solatlah sebelum kita disolatkan. kenapa meninggalkan solat? sedangkan banyak sekali kebaikkan yang terkandung dalam ibadah solat itu..tahukah kita dengan bersolat 5 waktu sehari semalam dengan khusyu'...


: hati menjadi terang
: wajah bercahaya
: membuahkan rasa redha terhadap Tuhan yang Maha Penyayang
: membuat syaitan berasa marah
: menjadi penolak bala
: menghilangkan kejahatan musuh
: memperbanyakkan rahmat
: menolak siksa kubur dan siksa di hari akhirat.
: mendekatkan diri dengan Allah
: mencegah segala yang keji dan mungkar.

Cuba kita perhati dan lihat saudara saudara kita yang istiqomah dalam melakukan solat..bagaimana akhlak mereka..cantik bukan? nah, marilah kita bersegera melakukan solat jangan bertangguh. suatu kebaikan itu harus disegerakan ^_^ tidakkah kita ingin masuk ke syurga Allah? pastinya semuanya bercita cita masuk syurga..justeru rebut peluang itu, jangan nanti kita menyesal dikemudian hari kerana bekalan kita untuk ke negeri akhirat kosong.



Juga disini saya selitkan kelebihan solat seperti yang disabdakan baginda Rasulullah Sallallaahu 'Alayhi Wasallam yang dipetik dari buku rahsia solat oleh Syeikh Abdur Rahman Siddiq b. Muhammad 'Afif Al Banjari iaitu...

: solat menghasilkan keredhaan Allah
: membuahkan kasih sayang para malaikat
: beroleh cahaya makrifat
: membuatkan Allah SWT memakbulkan akan doa yang dipanjatkan
: penyebab diterimanya segala amal yang lain
: murah rezeki
: menyihatkan badan
: pelindung terhadap semua musuh
: menjadi penyebab kebencian syaitan.
: syafaat bagi seseorang dalam menghadapi sakaratul maut.
: penerang didalam kubur
: menjadi hamparan pembaringan di alam kubur
: menjadikan seseorang dapat menjawab pertanyaan munkar dan nakir.
: membuatkan seseorang berasa selesa didalam kubur sehingga hari kiamat.
: menjadi naungan diatas kepala dari panas matahari dihari kiamat nanti
: menjadi mahkota diatas kepala
: menjadi pakaian badan
: menjadi lampu penerang didepan ketika berjalan
: menjadi pendinding dari api neraka
: menjadi hujjah
: memberatkan timbangan amal kebajikan
: membantu kita melintasi jalan di Titian Sirat al-Mustaqim di akhirat
: dapat membuka pintu syurga

Amat rugi ikhwan sekalian andai kita meninggalkan perintah solat, bukan sahaja mengundang dosa besar kerana meruntuhkan tiang agama bahkan kita semakin jauh dari Allah SWT...nauzubillah minzalik.


وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."   Surah Al Baqarah : 45

Moga coretan kali ini ada manfaatnya buat kita bersama dan moga hati hati kita semua dipimpin dengan taufik dan hidayah oleh Allah SWT untuk terus dekat kepada Nya...amiin.

Sekian dulu, salam mujahadah....(。◕‿◕。)



Salah Siapa...?

Assalamualaikum.

Setelah beberapa hari mengubat pilu kerana kehilangan pak kadut. alhamdulillah, kini diberi kekuatan dan kesempatan lagi untuk meluah rasa di sulap persinggahan ini. muga ada manfaat di kemudian hari untuk diri sendiri juga buat awda yang sudi singgah.. (^__^)p

Rasa ini tercetus dalam diri tika melihat di media media kes buang anak. aduhh!
kenapalah anak itu dibuang...? hati hanya mampu berkata, kesiannya. TV pun boleh kata macam ni, dalam diri haiwan tiada manusia tapi dalam diri manusia ada haiwan...sigh"

Puncanya?

Pastilah banyak. barangkali sudah diulas dalam post post blogger yang lain. tapi saya hanya highlightkan satu iaitu; terdapat sebilangan ibu bapa kurang mendidik anak remaja mereka dengan didikan agama. kenapa saya mengatakan begitu? kerana hasil pemerhatian saya kepada masyarakat disekitar tempat tinggal. rata rata kurang menitik beratkan pengisian jiwa anak anak mereka. sangat menyedihkan!

Faktornya?

Ya, tentulah kerana kesibukan kerja orang tuanya hingga anak yang meniti usia remaja kering jiwanya dengan pengisian rohani. jadi kepada ibu bapa yang seperti ini, sila ambil perhatian ya. anda bersetuju? ..hehe

Saranan

Ambil lah contoh Luqman Al Hakim dalam mendidik anak. Buka Al Quran dan kajilah surah Luqman kerana banyak sekali pesanan berguna untuk dititipkan kepada anak anak yang sedang membesar. bermula dari ayat 13 hingga ayat ke 19.

Antara pesanan Luqman kepada anaknya:

1. Ingat kepada Allah SWT
2. Apabila engkau sedang solat, maka jagalah baik baik fikiran mu.
3. Apabila engkau berada dirumah orang lain, maka peliharalah pandangan mu.
4. Apabila engkau berada ditengah tengah majlis maka jagalah lidah (lisan) mu.
5. Apabila engkau hadir dalam jamuan maka jagalah tingkah mu.
6. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
7. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
8. Ingat kepada mati.



Membentuk akhlak remaja hari ini dan wujudkan keluarga sakinah.
Pembuangan bayi tiada lagi...dengan izin mu ya Allah.

Salam Mujahadah...(^__^)v

KADUT DALAM KENANGAN

Hadir mu pelengkap diari hidup ku
Hadir mu menghiasi sunyi hari hari ku
Hadir mu mengundang tawa riang ku
Hadir mu  mengusap kulit lembut ku
Dengan ulit manja mu, aku merindui saat saat itu…sungguh!

Semalam ku tinggal dikau pergi
Pergi yang hanya untuk seketika
Aku kan kembali lagi…pasti

Tapi….belum pun ku sempat kembali
Disini, kenapa kau pula yang pergi?
Kenapa?
Kenapa pergi meninggalkan ku?

Tuhan,
Memang ujian mu dapat ku hadapi
Kerana sesungguhnya Engkau tidak akan membebani seseorang
Melainkan sesuai dengan kesanggupannya

Tapi Tuhan
Aku sayangkan nya...
Hari hari ku sepi tanpanya

Kadut
Walaupun kini kita tidak mungkin bersama lagi
Dek terpisahkan dua alam yang berbeza
Namun, nama mu akan terpahat kukuh
Kekal dalam lipatan memori ku

Dan yang pasti…aku tidak akan melupakan mu.

Kadut dalam kenangan
October 2009 – mac 2011




PENTINGNYA MENJAGA HATI

BismillahirRahmanirRahim

Payahnya menjaga sepotong hati agar ia tetap bersih... kerana hati cerminan hakikat diri sebenar tiap individu. hati ini adalah roh juga jiwa..hati juga mengawal jasad lahir kita.


Ibn Qayyim Al-Jauziyah pernah berkata:
" jika hati menjadi keras, maka mata pun menjadi liar."


Membawa rmaksud anggota lahir bertindak mengikut arahan hati. Sekiranya hati itu bersih, maka hati mengarah kepada kebaikan. Jika sebaliknya kejahatan dan perbuatan kejilah condongnya.


Hati perlu dibersih dan disucikan agar ia kembali kepada Allah dalam keadaan fitrahnya yang bersih dan tenang.


Sabda Rasulullah SAW:
" dalam hati anak adam ada seketul daging. apabila baik daging itu, maka baiklah ia. apabila rosak daging itu, maka rosak dan buruk lah ia. ketahuilah bahawa itulah hati."






Lantaran itu, Allah mengingatkan kita dalam surah Muhammad ayat ke 29.
"Apakah orang orang yang ada penyakit dalam hatinya menyangka bahawaAllah tidak akan menampakkan kedengkian mereka?"


Sesungguhnya tidak ada satu pun yang akan terlepas dari pandangan Allah walaupun ia tersembunyi di dalam hati.


Ketahui juga, hati yang kotor boleh diusahakan bersih semula dan dikembalikan kepada fitrahnya yang suci murni, dengan ...


Dengan mempunyai rasa bertuhan


Dengan menyakini, merasai adanya Tuhan yang Maha Agung dan empunya segala sifat yang Maha Sempurna, ada pada Nya. sifat semulajadi hati (kalb) menyakini adanya Tuhan. 
Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat ke 172.


".... dan Allah mengambil kesaksian jiwa mereka: 'bukankah Aku ini Tuhan kamu? ' mereka menjawab: benar, bahkan kami menjadi saksi. ' ..."


Dengan mempunyai rasa kehambaan


Selalu merasa diri kerdil, hina, jahil dan miskin dihadapan Tuhan. jika rasa seperti ini ada dalam hati, insha'Allah akan hadir rasa berkasih sayang serta sifat sifat mahmudah yang lain dalam sekeping hati hasil pautan hati yang penuh rasa kehambaan kepada Tuhan. Matlamat ingin kembali kepada Tuhan dengan hati yang suci lagi bersih.


"beruntunglah siapa yang menyucikan jiwanya, yakni hati dan rugilah sesiapa yang mengotorinya."    Asy-Syam: 9 - 10


Bermujahadah dalam mengembalikan sifat hati yang suci murni selagi ada waktu. Jangan nanti pergi menghadap Ilahi dengan hati yang kotor dan penuh rasa penyesalan.


"wahai jiwa yang tenang (tenteram) kembalilah kepada Tuhan mu dalam keadaan redha lagi di redhai..."     Al-Fajr: 27 - 28






sekian dulu (^__^)



Bidadari Dunia

BismillahirRahmanirRahim

Siti Hajar (isteri Ibrahim as),    Asiah (isteri Firaun),    Rabiatul Adawiyah (sufi),    Khadijah .rha (isteri Rasulullah SAW),   Sumayyah (srikandi Islam)

Aku pengkagum wanita wanita itu.. manusia biasa dengan semangat luar biasa... punya jati diri dan tinggi keyakinan diri.. pasrah berserah dengan ketentuan Ilahi...

Bidadari dunia selayaknya gelaran ketika di dunia dan Bidadari Syurga bila tiba diakhirat sana...semoga diri ini juga mampu menjadi Bidadari Dunia seperti mereka  bukan hanya wanita biasa menyubur kasih menyulam iman.



selamat hari wanita kepada mak dan kakak semua juga buat semua muslimah

Alhamdulillah


Agak lama juga menyepi.. kini bicara ku kembali mengisi di ruangan maya ini.. moga bicara hati mampu memberi inspirasi kepada diri.. akan terus ku berjuang, bermujahadah di jalan Mu ya Ilahi.


Dan ya,... nama pena Lobak Merah telah ditukar kepada Dzar Huzaifa..kenapa?.........biarlah perubahan itu hanya diri ini dan Allah jua lah yang mengetahui....

Moga ruangan bicara maya ini akan bermanfaat buat diri sendiri juga antum di hadapan ini..insha'Allah.