; sahaja aku berniqab kerana Allah Ta'ala

Bismillah
Subhanallahil 'adzhim, Subhanallah wabihamdih.

Niqab oh niqab,...


kenapa enti berniqab ???

Soalan: wajah wanita bukanlah aurat, mengapa perlu ditutup?
  
Jawapan: pabila wajahmu yang bukan aurat itu menjadi aurat, maka tutuplah..

Soalan: bagaimana wajah boleh menjadi aurat?

Jawapan: pabila ia mengundang fitnah..

Soalan: bagaimana wajah boleh mengundang fitnah?

Jawapan: pabila kecantikan parasmu menjadi igauan ramai jejaka, pabila keayuan wajahmu menjadi pujaan ramai jejaka.. maka disitu, berniqablah.. [untuk kau pelihara iman mu dan iman nya] dan untuk [elak dari terfitnah dan mengundang fitnah] 


Dipetik kata-kata daripada Ummu Mukminin Aisyah r.ha;
"Seandainya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam mengetahui apa yang dilakukan oleh orang-orang perempuan sekarang ini, nescaya baginda akan mencegah mereka dari mendatangi masjid sebagaimana dilarang perempuan-perempuan bani Israil."  :: ucapan ini ada direkodkan didalam dua buah kitab sahih. ~saya dah lupa kitabnya.. ( _ _"

Nota: ucapan tersebut diandaikan; ditakuti sekiranya berlaku fitnah kerana keadaan kaum wanita dimasa itu yang tidak beriltizam dengan adab kesopanan dan pengajaran Islam semasa mereka keluar ke masjid dengan bersolek, memakai bau-bauan dan berpakaian indah lagi menarik hati.

Ini adalah ucapan Ummu Mukminin di zaman yang paling baik. maka bagaimana pula pada zaman kita yang telah rosak ini?? sama-sama kita muhasabah.. saya bukanlah ahli untuk mengulas berkenaan masalah purdah atau niqab, tidak juga memaksa para gadis dan kaum wanita yang cantik jelita mengenakan niqab (sudah memadai andai telah menutup aurat dengan sempurna), akan tetapi tulisan ini hanyalah untuk menyatakan apa yang saya pegang dan yakini.


"Secara peribadi melalui sudut pandang saya mengenakan niqab itu merupakan sunnah yang diamalkan oleh para ummahatul mukminin. dan alhamdulillah hampir setahun sudah mengenakan niqab (1 ramadan nanti genaplah setahun) walau pelbagai dugaan yang datang, alhamdulillah berjaya ditangani dengan berlapang hati.." 



Nak pakai niqab ni kena mujahadah, bukan takat wajah yang diniqabkan tetapi akhlak, hati juga turut berniqab. sebab tu saya kata kena mujahadah, pasai banyak sungguh dugaan yang datang, nak-nak pulak berniqab di akhir zaman, (konfem orang pandang semacam) hati kena tahan.. du'a banyak-banyak pada Allah agar dipermudahkan dan diperteguhkan iman. moga Allah redha jalan yang ku pilih.

Dari Anas bin Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam pernah bersabda;
"Di dalam syurga itu ada pasar. di dalam pasar inilah berkumpul orang-orang syurga itu tiap-tiap hari jumaat. ketika bertiup angin utara menyingkapkan kain penutup muka dan pakaian sekalian orang. kelihatannya bertambah indah dan bertambah cantik. kata Nabi selanjutnya; semuanya ini adalah untuk orang-orang syurga, kemudian keluarganya. Demi Allah, bentuk kamu semua disana semakin hari semakin bagus dan semakin cantik."    :: hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Sekian dulu, salam mujahadah ; sahaja aku berniqab kerana Allah Ta'ala.
09 Jamadilakhir 1433H
01:57 waktu Malaysia

No comments:

Post a Comment