Mujahidah

Bismillahirrahmanirrahim.

Mulakan langkah mujahadah sekali lagi jika gagal sekali... itu antara kata kata yang sering bertandang di minda ketika diri berasa longlai dan hampir tesungkur di perjalanan itu.

Bijak pandai ada berkata; kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali kali. Tanpa ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walau berkali-kali mundur dan terbentur, bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati! Mati hati dalam mengharapkan cahaya Illahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Allah tidak akan menutup pintu keampunan Nya, ... kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itu perjuangan tetap ada. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitu jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu.

Tidak ada jalan lain, melainkan bangkit dan bermujahadah. Hati boleh berkarat, pencucinya adalah Al-quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang digariskan oleh Rasul junjungan. Pesan Imam Ghazali; Carilah hati mu ditiga tempat ... temui hati mu tika bangun membaca Al-Quran, andai tidak kau temui carilah hati mu tika kau mengerjakan solat, andai tidak kau temui jua carilah hati mu tika kau duduk bertafakur mengingati mati, andai tidak jua kau temui maka berdoalah kepada Allah mohon hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau sudah tidak mempunyai hati!

Duhai diri yang bermujahadah, ingat pesan atok...
Tidak mengapa andai engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. kerana ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada dihujung jalan, bahkan ada disepanjang jalan. Genggam Al-Quran, ingat kematian dan bangun lah!


kerana jalan bermujahadah itu payah tapi indah...(^_^)


No comments:

Post a Comment