JANGAN BOHONG!!

Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Bagi tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat-sifat orang munafik, antaranya apabila dia berkata dia bohong. Apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianat. Maka wajar jika Rasulullah menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelakidatang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya iaitu berZINA. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya, “Hanya dengan satu perkara, Laa Takzib! (JANGAN BOHONG !)

Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah dan ternyata dia dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap dia ingin melakukan ZINA dia akan ingat kepada nasihat baginda Rasulullah itu.

Fikirnya, “Bagaimana jika saya ditanya oleh Rasulullah? Jika saya menjawab 'tidak' bermakna saya telah berbohong. Jika saya mengaku, bermakna saya wajib dihukum.” Maka lelaki itu langsung berhenti daripada berZiNA.

No comments:

Post a Comment