; sahaja aku berniqab kerana Allah Ta'ala

Bismillah
Subhanallahil 'adzhim, Subhanallah wabihamdih.

Niqab oh niqab,...


kenapa enti berniqab ???

Soalan: wajah wanita bukanlah aurat, mengapa perlu ditutup?
  
Jawapan: pabila wajahmu yang bukan aurat itu menjadi aurat, maka tutuplah..

Soalan: bagaimana wajah boleh menjadi aurat?

Jawapan: pabila ia mengundang fitnah..

Soalan: bagaimana wajah boleh mengundang fitnah?

Jawapan: pabila kecantikan parasmu menjadi igauan ramai jejaka, pabila keayuan wajahmu menjadi pujaan ramai jejaka.. maka disitu, berniqablah.. [untuk kau pelihara iman mu dan iman nya] dan untuk [elak dari terfitnah dan mengundang fitnah] 


Dipetik kata-kata daripada Ummu Mukminin Aisyah r.ha;
"Seandainya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam mengetahui apa yang dilakukan oleh orang-orang perempuan sekarang ini, nescaya baginda akan mencegah mereka dari mendatangi masjid sebagaimana dilarang perempuan-perempuan bani Israil."  :: ucapan ini ada direkodkan didalam dua buah kitab sahih. ~saya dah lupa kitabnya.. ( _ _"

Nota: ucapan tersebut diandaikan; ditakuti sekiranya berlaku fitnah kerana keadaan kaum wanita dimasa itu yang tidak beriltizam dengan adab kesopanan dan pengajaran Islam semasa mereka keluar ke masjid dengan bersolek, memakai bau-bauan dan berpakaian indah lagi menarik hati.

Ini adalah ucapan Ummu Mukminin di zaman yang paling baik. maka bagaimana pula pada zaman kita yang telah rosak ini?? sama-sama kita muhasabah.. saya bukanlah ahli untuk mengulas berkenaan masalah purdah atau niqab, tidak juga memaksa para gadis dan kaum wanita yang cantik jelita mengenakan niqab (sudah memadai andai telah menutup aurat dengan sempurna), akan tetapi tulisan ini hanyalah untuk menyatakan apa yang saya pegang dan yakini.


"Secara peribadi melalui sudut pandang saya mengenakan niqab itu merupakan sunnah yang diamalkan oleh para ummahatul mukminin. dan alhamdulillah hampir setahun sudah mengenakan niqab (1 ramadan nanti genaplah setahun) walau pelbagai dugaan yang datang, alhamdulillah berjaya ditangani dengan berlapang hati.." 



Nak pakai niqab ni kena mujahadah, bukan takat wajah yang diniqabkan tetapi akhlak, hati juga turut berniqab. sebab tu saya kata kena mujahadah, pasai banyak sungguh dugaan yang datang, nak-nak pulak berniqab di akhir zaman, (konfem orang pandang semacam) hati kena tahan.. du'a banyak-banyak pada Allah agar dipermudahkan dan diperteguhkan iman. moga Allah redha jalan yang ku pilih.

Dari Anas bin Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam pernah bersabda;
"Di dalam syurga itu ada pasar. di dalam pasar inilah berkumpul orang-orang syurga itu tiap-tiap hari jumaat. ketika bertiup angin utara menyingkapkan kain penutup muka dan pakaian sekalian orang. kelihatannya bertambah indah dan bertambah cantik. kata Nabi selanjutnya; semuanya ini adalah untuk orang-orang syurga, kemudian keluarganya. Demi Allah, bentuk kamu semua disana semakin hari semakin bagus dan semakin cantik."    :: hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Sekian dulu, salam mujahadah ; sahaja aku berniqab kerana Allah Ta'ala.
09 Jamadilakhir 1433H
01:57 waktu Malaysia

Tidak Pernah Jemu

Bismillah
Subhanallahil 'adzhim, Subhanallah wabihamdih.


Sedar tak sedar, rupanya sudah beribu-ribu kali kita solat. beribu-ribu kali juga kita renew syahadah kita. malah bertahun-tahun jugalah kita berpuasa (wajib + sunat) sepanjang hidup. bahkan yang terpilih sudah berkali-kali mengerjakan umrah atau haji. teringin sangat-sangat nak pergi umrah dan haji T_T

Seandainya kita fokus kepada solat setiap hari paling tidak kita akan rukuk 17 kali, 34 kali sujud, 5 kali takbiratulihram dan salam. kita juga membaca ummul kitab sebanyak 17 kali, takbir hampir 100 kali malah banyak lagi bacaan lain yang diulang-ulang dan tidak pernah berubah.

Persoalannya...?

Pernahkah kita jemu dengan semua itu? pernahkah jemu membaca surah dan ayat al-Quran yang sama? pernahkah jemu bertawaf dan menunaikan pelbagai rukun haji dan umrah yang lain? semestinya kita takkan pernah jemu.

Hakikat ibadah itu makanan ruh yang amat diperlukan dari semasa ke semasa. makin dikerjakan ibadah wajib, makin terasa manis dan lazatnya.


Ibadah tidak pernah menjemukan. tetapi jika ada hati-hati yang merasa jemu melakukan ibadah, itu tanda hati itu jauh daripda rahmat Allah Ta'ala. yang jemu hanyalah hati yang terlalu cintakan dunia.

<3 Perkongsian :: solusi 42 ::

::..Salam muhasabah, salam mujahadaH..::
03 Jamadilakhir 1433H
02:05 waktu Malaysia.

#Random Post#

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

Status ni saya share dari FB Ustaz Emran.. copy bulat-bulat =)

Ada lelaki menghubungi seorang gadis kerana mahu meminangnya sebagai isteri. Tetapi gadis itu menjawab saya tidak suka pada awak. Lelaki itu merayu dan berkata tolonglah terima saya kerana saya perlukan awak. Lalu gadis itu menjawab baiklah saya akan cuba tolong awak. Dia pun memberitahu ibubapanya dan seminggu kemudian mereka bernikah. Muslimah solehah, diri mereka mudah & menjadi rezeki dari Allah buat lelaki !




::..Salam mujahadah buat semua mujahid dan mujahidah  fillah..::
02 Jamadilakhir 1433H
24:03 waktu Malaysia.

1st trial

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

entri sesaja, oleh sebab mata tak mengantuk lagi..


Buat pertama kalinya mencuba melukis doodle menggunakan ms.paint.. ^.^ okey, sila jangan gelak.
alamak dah pukul 2 suku.. ok paksa mata tido dulu..tata.

01 Jamadilakhir 1433H

; Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan!

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 


:: terkadang kita disibukkan (teruja) nak berdakwah kepada orang lain, sedangkan jika ditoleh ke saf belakang (ahli keluarga; kaum kerabat sendiri) masih ada yang keciriran dari dakwah kita (bagi yang kaum kerabatnya dah ready warak, syukur alhamdulillah).. even diri sendiri pun masih sangat-sangat memerlukan dakwah! :: jadi, nasihat kepada diri sendiri untuk berdakwah dahulu kepada diri sendiri dan kaum kerabat mu.. okey. ~.^ sama-sama kita lakukan transfomasi diri.


mari semua, kita dekat dan rapatkan diri dengan Allah
jangan biaq the calling become another missed call again.

Dibawah ne saya kongsikan tip untuk panduan serba sedikit kepada yang dah lama tinggal solat.. ramaikan yang tinggal solat? solat separuh-separuh pun ramai..kan..kan? jom ubah, kita wujudkan rasa seronok mengerjakan solat.. betapa nikmat itu hanya dirasai oleh mereka yang mengerjakannya sahaja.

Tip mengerjakan solat, (setelah lama tak buat).

    Kesedaran amat penting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati untuk berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

    Sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten.

    Solat sekali dahulu, baru akan ada solat yang kedua. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah, tiada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.

    Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam untuk kembali solat daipada terkubur. Maka buatlah satu nota motivasi dan tampal ditempat yang mudah dilihat.

    Fahami maksud bacaan dalam solat. Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.

    Jangan tergesa-gesa dalam solat. Sebaliknya bersederhanalah dan ambil sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk mu.

    Tingkatkan imaginasi. Semasa solat,bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai, tidak mampu.. maka ingat bahawa Allah sedang melihat kamu.

    Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering diuji dan digoda amat-amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua itu. Maka doa lah senjata semoga diberi kekuatan untuk mengerjakan solat (konsisten!)

    Perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasakan suatu ketenangan?

    Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat itu. Then, ambik wudhuk dan solatlah dengan khusyuk yang sempurna.. U can do it!

    Be positif! Jangan sekali-kali berfikir bahawa solat akan mengehadkan masa anda. Akan tetapi fikirkan bahawa solat itu adalah faktor kejayaan anda.

    Sokongan padu dan rohani daripada keluarga dan rakan-rakan. Katakan pada mereka yang anda hendak berubah.

    Setiap perkara pasti ada musuhnya, perangi habis-habisan rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.

    Banyakkan mendalami ilmu. Hanya dengan ilmu dan diamalkan akan membuahkan hasil (iman).

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan ku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah du'a permohonan ku."

#Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan! #Salam mujahadah#

01 Jamadilakhir 1433H
01:07 waktu Malaysia.

Earth Day

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

buka je gugel browser tadi keluar pulak bunga-bunga ne; earth day katanya

Earth Day is a day early each year on which events are held worldwide to increase awareness and appreciation of the Earth's natural environment. Earth Day is now coordinated globally by the Earth Day Network,[1] and is celebrated in more than 175 countries every year.[2] In 2009, the United Nations designated April 22 International Mother Earth Day.[3] Earth Day is planned for April 22 in all years at least through 2015. [wiki] selepas 2015 dah tak sambut ehh? atau dunia hanya aman sehingga 2015? hmm.. then? ; ...macam-macam pulak persoalan timbul dikepala ne ;


30 Jamadilawal 1433H
09:13 waktu Malaysia.

#peringatan untuk diri sendiri#

Bismillah
Sollu 'ala Rasoolillah 

Setiap hari, detik dan ketika sebagai manusia biasa sudah pasti kita tidak pernah lari dan lolos dari melakukan silap, maksiat dalam erti kata lain dosa lah senang.. manusia, biasa lah. bukan maksum pun. tapi dalam kita melakukan dosa itu, antara dalam sedar atau tidak.. sudahkah kita meminta ampun (sungguh-sungguh) kepada yang Tuhan Pencipta? jika belum sila lakukan.. kerana mati takda tangguh-tangguhnya bila ajal dah sampai..

 ‎"Sesungguhnya Allah membukakan TanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada petang harinya. Allah juga membukakan TanganNya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam harinya, sampailah matahari terbit dari tempat tenggelamnya (kiamat)."  [HR. Muslim] ® peringatan untuk diri sendiri.

Allah tidak pernah jemu mengampuni
Maha suci Tuhan semesta alam.. daripada Abu sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wassallam bersabda yang bermaksud;

       "Iblis berkata kepada Tuhannya: 'demi keperkasaanMu dan keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka.'
       Allah subhanahu wa ta'ala menjawab: 'demi keperkasaanKu dan keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripada Ku.' "

Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Demi keperkasaan dan keagungan Tuhan yang menciptakan kita, mari muhasabah sebentar dan mohon lah ampun padaNya.. moga-moga kita tergolong dalam hambaNya yang mendapat keampunan.

...dan pabila mentari terbitnya di barat, maka ketika itu
segala penyesalan tidak berguna, kerana telah tertutup rapatlah pintu taubat
buat tiap yang bergelar manusia.
Salam mawaddah salam mujahadah
30 Jamadilawal 1433H
01:43 waktu Malaysia