Pahlawan Yang Digeruni # AL-FATEH

Bismillah [Dengan nama Allah]

part 1

Pahlawan Islam Yg Digeruni  # SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH #

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?

Siapakah gerangannya dia Muhammad Al-Fateh?


Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai tujuh bahasa
(bahasa Turki, Greek, Serbia, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis Nabi s.a.w ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

>>bersambung ...

#Muslimah, Pelihara Aurat Mu#

Bismillah [Dengan nama Allah]

Terasa ingin mencoretkan lagi berkaitan dengan aurat muslimah.. anggaplah sahaja tulisan kali ini sebagai kempen menutup aurat dengan betul. melihatkan senario bertudung tetapi masih tidak menepati syariat, tudung masih belum dilabuhkan hingga melebihi paras dada. bahkan tudung itu belum juga dikatakan mampu menutup aurat sekiranya sarat dengan perhiasan dan rekaan trendy kononnya [sarat labuci, ropol sana sini]

Allah SWT berfirman yang bermaksud; "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin. Semuanya hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka (menutupi bahagian dada). Demikian itu supaya mereka tidak diganggu." [Al-Ahzab 33:59]

oki setiana dewi : google

Audit Inventori Pakaian Muslimah

# Pakaian
  • Fabrik tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayang tubuh.
  • Longgar dan tidak ketat
  • Menutup seluruh bahagian lengan hingga pergelangan tangan.
  • Kain mesti labuh menutupi buku lali.
  • Menutup kaki (stokin)
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Bukan pakaian yang mempamerkan syuhrah (sifat berbangga-bangga).
# Tudung
  • Menutup keseluruhan kepala dan leher.
  • Labuh menutupi bahagian dada.
  • Fabrik tidak terlalu nipis hingga menampakkan rambut dan bentuk leher.
# Perhiasan
  • Tidak bertabarruj sehingga menarik pandangan.
  • Solekan tidak berlebihan (sehingga kelihatan macam opera cina)
  • Tidak semerbak dengan haruman yang melampau (satu kampung boleh hidu)
  • Menggunakan perhiasan bukan untuk menunjuk-nunjuk (betulkan nawaitu

Menutup aurat itu adalah adunan daripada niat yang ikhlas kerana Allah Ta'ala ditambah dengan perlaksanaan yang betul diperisakan dengan natijah yang baik dan dimesrakan dengan tidak meninggalkan ibadah asas.. makan adunan tadi akan menghasilkan peribadi muslimah yang sedang beribadah, yakni sebenar-benar ibadah LILLAHI TA'ALA!

oki setiana dewi : google



Wanita tercantik itu dinilai pada budi tidak pada body. Patuh menutup auratnya [jasad dan hati].. ternobatlah ia sebagai PUTERI SOLEHAH, mereka bayangan bidadari syurga didunia.

# peringatan untuk diri sendiri ~ audit diri, mari jadi baik! #
~ Salam Mujahadah ~


Ad Du'a


Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut serta sentiasa basah dalam mengingati dan menyebut namaMu.
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

Ya Allah, kurniakan kami iman yang sempurna
Hati yang khusyuk
ilmu yang berguna
keyakinan yang benar-benar mantap

Ya Allah, kurniakan kami (deen) cara hidup yang jitu dan unggul
selamat dari segala mara bahaya dan petaka
kami mohon akan kecukupan yangtidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain
berikanlah kami iman yang sebenarnya
sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau
kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami
keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami

Ya Allah, jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri
walaupun sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu
wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan du'a.

Aamiin...

U.S.I.A Bertambah

Hidup ini umpama sebuah bahtera yang sedang belayar dilautan kehidupan yang menjanjikan pengakhiran
kadang di pukul taufan berupa ujian
kadang dibelai bayu yang damai
andalah nakhoda juga kru bahtera itu
sentiasa lah melihat pada kompas iman & takwa
agar kau tetap lurus dijalan yang benar menuju pengakhiran
dan bangkit sebagai hambaNya yang menang ~ syurga!

*******

Terima kasih ya Allah
Untuk usia yang telah Engkau berikan
Terima kasih juga untuk setiap nikmat yang Engkau kurniakan
Terima kasih untuk setiap ujian yang Engkau turunkan
Sesungguhnya tak terhitung nikmatMu, ..Tuhan
Namun terlalu sedikit amal dan pengabdianku terhadapMu.

Ya Muhaimin,
Pimpinlah tangan ini, pimpinlah hati ini, pimpinlah langkah ini
untuk sentiasa berpijak diatas jalan kebenaran

Ya Al Quddus,
Dalam mujahadah ini, seringkali jua ku hampir tunduk mengalah
Dan sesungguhnya ihsan dan rahmatMu ku lah yang ku dambakan
Bimbinglah daku sentiasa unntuk terus istiqomah
Agar aku mampu meniti sirathMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.  

Ya Al Hakim,
Berikanlah ilham kepada ku agar aku mampu terus berkarya
Semoga dengan ilham pinjaman itu mampu menyentuh hati-hati mereka untuk terus dekat kepadaMu
Hulurkan daku akal yang cerdas dan fikir yang tajam 
agar ku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba waktu Engkau menjemput ku.

*******

~ semoga usia yang bertambah ini, akan bertambah pula iman di dada.. ya Allah berkati usia yang berbaki ini dan pandulah hati ini untuk sentiasa dekat denganMu. ~


Dimana DIA dihati ku..?



Kita sentiasa cari bahagia
kejar bahagia
tapi, 
kita sebenarnya tak pernah cuba betul-betul mahu bahagiakan Dia
kita selalu harapkan Dia bahagiakan kita
kita pula langsung tak boleh diharap untuk bahagiakan Dia.

T_T

# jom sama-sama audit diri, dimana Dia dihati kita #


H.O.P.E & F.A.I.T.H

Allahuma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala 'alihi wasohbihi ajmain wa'ala ahlil baith... Bismillah...

"Ya Rabb, jangan lah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tanpa zuriat) dan Engkau lah jua sebaik-baik Mewarisi.."


Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah dimana.. aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga.. akan ku simpan perasaan ajaib ini.. akan ku luapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita. (monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class)

#mode :: cheezy#

C.I.N.T.A


Cinta adalah kekuatan... yang mampu 
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah CINTA...

Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan kujelaskan panjang lebar
namun,
jika cinta itu ku datangi
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun,
tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

Dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur

Cinta sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan.


#Puisi tentang cinta # ketika cinta bertasbih#