Sulap Mujahidah #100 Post#

Bismillah [Dengan nama Allah]
Sollu 'ala Rasoolillah 


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Subhanallahu Allahu Akbar. Nikmat umur yang masih berbaki maka dapatlah penulis mengirimkan kiriman yang ke 100 diruangan maya #sulap mujahidah# ini. Ya Allah, berilah aku ilham yang baik dan faqqihkan aku dalam agamaMu. Tiadalah niat lain penulis menwujudkan belog ini melainkan hanyalah untuk peringatan diri sendiri juga berkongsi pesanan dan peringatan bersama pembaca. Moga-moga ada manfaat dikutip. Bak kata omputeh; sharing is caring(+loving);




Jika semalam kita pernah kecewa, jika semalam kita pernah terluka, jika semalam kita pernah tewas, jika semalam kita pernah terbabas, jangan pernah berputus harap.. teruskan langkah mara kehadapan. kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya berputus harap. 


Pesanan untuk diri~


Teruskan musafir mu di bumi Tuhan ini, berbuat baik sesama insan dan makhluk, keep istiqomah dalam amar maaruf nahi mungkar, make your ibadah being awesome, jika sesama insan tidak menghargai dan memandang mu.. usah bersedih hati. Pandangan dan penghargaan mereka tidaklah sepenting dan sebesar Pandangan dan Penghargaan Allah Subhanahu WaTa'ala. 


#salam mujahadah#
03 JamadilAwal 1433H

ALLAH Never Fails To Help You

Bismillah [dengan nama Allah]


If what's ahead scares you
and what's behind hurts you
then, just look above
ALLAH NEVER FAILS TO HELP YOU



Pahlawan Yang Digeruni # AL-FATEH

Bismillah [Dengan nama Allah]

part4

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan   solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir.

Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.


>>TAMAT<<

Pahlawan Yang Digeruni # AL-FATEH

Bismillah [Dengan nama Allah]

part3

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE


Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt. Memanjat dan Melastik Dinding Kota Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan). Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

>>bersambung ...

Pahlawan Yang Digeruni # AL-FATEH

Bismillah [Dengan nama Allah]

part2

Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh?

Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.

Baginda digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

>>bersambung ...

Pahlawan Yang Digeruni # AL-FATEH

Bismillah [Dengan nama Allah]

part 1

Pahlawan Islam Yg Digeruni  # SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH #

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?

Siapakah gerangannya dia Muhammad Al-Fateh?


Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai tujuh bahasa
(bahasa Turki, Greek, Serbia, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis Nabi s.a.w ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

>>bersambung ...

#Muslimah, Pelihara Aurat Mu#

Bismillah [Dengan nama Allah]

Terasa ingin mencoretkan lagi berkaitan dengan aurat muslimah.. anggaplah sahaja tulisan kali ini sebagai kempen menutup aurat dengan betul. melihatkan senario bertudung tetapi masih tidak menepati syariat, tudung masih belum dilabuhkan hingga melebihi paras dada. bahkan tudung itu belum juga dikatakan mampu menutup aurat sekiranya sarat dengan perhiasan dan rekaan trendy kononnya [sarat labuci, ropol sana sini]

Allah SWT berfirman yang bermaksud; "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin. Semuanya hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka (menutupi bahagian dada). Demikian itu supaya mereka tidak diganggu." [Al-Ahzab 33:59]

oki setiana dewi : google

Audit Inventori Pakaian Muslimah

# Pakaian
  • Fabrik tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayang tubuh.
  • Longgar dan tidak ketat
  • Menutup seluruh bahagian lengan hingga pergelangan tangan.
  • Kain mesti labuh menutupi buku lali.
  • Menutup kaki (stokin)
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Bukan pakaian yang mempamerkan syuhrah (sifat berbangga-bangga).
# Tudung
  • Menutup keseluruhan kepala dan leher.
  • Labuh menutupi bahagian dada.
  • Fabrik tidak terlalu nipis hingga menampakkan rambut dan bentuk leher.
# Perhiasan
  • Tidak bertabarruj sehingga menarik pandangan.
  • Solekan tidak berlebihan (sehingga kelihatan macam opera cina)
  • Tidak semerbak dengan haruman yang melampau (satu kampung boleh hidu)
  • Menggunakan perhiasan bukan untuk menunjuk-nunjuk (betulkan nawaitu

Menutup aurat itu adalah adunan daripada niat yang ikhlas kerana Allah Ta'ala ditambah dengan perlaksanaan yang betul diperisakan dengan natijah yang baik dan dimesrakan dengan tidak meninggalkan ibadah asas.. makan adunan tadi akan menghasilkan peribadi muslimah yang sedang beribadah, yakni sebenar-benar ibadah LILLAHI TA'ALA!

oki setiana dewi : google



Wanita tercantik itu dinilai pada budi tidak pada body. Patuh menutup auratnya [jasad dan hati].. ternobatlah ia sebagai PUTERI SOLEHAH, mereka bayangan bidadari syurga didunia.

# peringatan untuk diri sendiri ~ audit diri, mari jadi baik! #
~ Salam Mujahadah ~


Ad Du'a


Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut serta sentiasa basah dalam mengingati dan menyebut namaMu.
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

Ya Allah, kurniakan kami iman yang sempurna
Hati yang khusyuk
ilmu yang berguna
keyakinan yang benar-benar mantap

Ya Allah, kurniakan kami (deen) cara hidup yang jitu dan unggul
selamat dari segala mara bahaya dan petaka
kami mohon akan kecukupan yangtidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain
berikanlah kami iman yang sebenarnya
sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau
kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami
keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami

Ya Allah, jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri
walaupun sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu
wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan du'a.

Aamiin...

U.S.I.A Bertambah

Hidup ini umpama sebuah bahtera yang sedang belayar dilautan kehidupan yang menjanjikan pengakhiran
kadang di pukul taufan berupa ujian
kadang dibelai bayu yang damai
andalah nakhoda juga kru bahtera itu
sentiasa lah melihat pada kompas iman & takwa
agar kau tetap lurus dijalan yang benar menuju pengakhiran
dan bangkit sebagai hambaNya yang menang ~ syurga!

*******

Terima kasih ya Allah
Untuk usia yang telah Engkau berikan
Terima kasih juga untuk setiap nikmat yang Engkau kurniakan
Terima kasih untuk setiap ujian yang Engkau turunkan
Sesungguhnya tak terhitung nikmatMu, ..Tuhan
Namun terlalu sedikit amal dan pengabdianku terhadapMu.

Ya Muhaimin,
Pimpinlah tangan ini, pimpinlah hati ini, pimpinlah langkah ini
untuk sentiasa berpijak diatas jalan kebenaran

Ya Al Quddus,
Dalam mujahadah ini, seringkali jua ku hampir tunduk mengalah
Dan sesungguhnya ihsan dan rahmatMu ku lah yang ku dambakan
Bimbinglah daku sentiasa unntuk terus istiqomah
Agar aku mampu meniti sirathMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.  

Ya Al Hakim,
Berikanlah ilham kepada ku agar aku mampu terus berkarya
Semoga dengan ilham pinjaman itu mampu menyentuh hati-hati mereka untuk terus dekat kepadaMu
Hulurkan daku akal yang cerdas dan fikir yang tajam 
agar ku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba waktu Engkau menjemput ku.

*******

~ semoga usia yang bertambah ini, akan bertambah pula iman di dada.. ya Allah berkati usia yang berbaki ini dan pandulah hati ini untuk sentiasa dekat denganMu. ~


Dimana DIA dihati ku..?



Kita sentiasa cari bahagia
kejar bahagia
tapi, 
kita sebenarnya tak pernah cuba betul-betul mahu bahagiakan Dia
kita selalu harapkan Dia bahagiakan kita
kita pula langsung tak boleh diharap untuk bahagiakan Dia.

T_T

# jom sama-sama audit diri, dimana Dia dihati kita #


H.O.P.E & F.A.I.T.H

Allahuma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala 'alihi wasohbihi ajmain wa'ala ahlil baith... Bismillah...

"Ya Rabb, jangan lah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tanpa zuriat) dan Engkau lah jua sebaik-baik Mewarisi.."


Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah dimana.. aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga.. akan ku simpan perasaan ajaib ini.. akan ku luapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita. (monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class)

#mode :: cheezy#

C.I.N.T.A


Cinta adalah kekuatan... yang mampu 
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah CINTA...

Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan kujelaskan panjang lebar
namun,
jika cinta itu ku datangi
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun,
tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

Dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur

Cinta sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan.


#Puisi tentang cinta # ketika cinta bertasbih#


Tip Cepatkan Jodoh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh


Salam bertemu lagi disini setelah hampir tujuh bulan menyepi --> laptop punya pasal lah ne..heheh. lagi pula kesihatan ana tidak mengizinkan untuk duduk berlama-lama-an di depan skrin komputer.. T_T

Baiklah, entri kali ini akan memperkata tentang tip-tip mempercepatkan jodoh. Kepada yang berkenaan sila ambil perhatian!! (termasuk ana ka? Heheh!) Duhai pembaca yang dikasihi sekalian, amatlah buruk jika hidup ini berkeseorangan..ada yang bantah? Tau..mesti ada. Ingatlah kita kepada kisah Nabi Zakaria yang berdu’a kepada Tuhannya “Ya Tuhanku, jangan lah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkaulah jua yang sebaik-baik mewarisi.” Surah Anbiyaa’ ayat ke 89.

Oleh itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim petua di ‘list’ kan di bawah ini.. (◕‿◕✿

© Du’a selepas solat 5 waktu
Allah yang Maha Mendengar permohonan hamba-Nya memahami apa jua bahasa yang antunna guna. Dan berdu’a lah dari sekarang kerana kita tak tahu bila du’a kita diterima.

© Du’a di 1/3 malam [qiamullail]
Nabi kita yang tercinta Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda dalam satu hadis bahawa berdu’a pada waktu tengah malam yanag mana Allah SWT memustajabkan du’a sama ada hajat dunia mahupun akhirat. Dan jangan lupa hajat utama antunna agar diringankan urusan jodoh (^__^)

©  Du’a dari ayah dan bonda tercinta
Kerana mustajabnya du’a dari kedua ibu bapa kepada anaknya maka du’a kanlah agar si anak yang dikasihi dipermudahkan jodoh dan bertemu jodoh yang soleh/solehah.. insha Allah.

©  Puasa pada hari lahir
Puasa hajat, kerana pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Mudah-mudahan asbab dari puasa yang dilakukan hajat itu akan dipermudah dan dikabulkan Allah SWT.. aamin.

©  Solat sunat taubat
Kita mahu Allah SWT menunaikan hajat kita, tetapi kita dengan Allah belum selesai dan bersih. Jadi, mintalah ampun terlebih dahulu sebelum berdu’a memohon sesuatu hajat.

©  Restu ayah bonda
Tanyalah ibu bapa terlebih dahulu apabila kita sudah berkenan pada seseorang. Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan si dia sudah baik untuk kita, pujuklah ibu bapa dengan baik. Dan jangan lupa du’a agar Allah SWT melembutkan hati mereka menerima pilihan kita seadanya ^_~

©  Amal du’a-du’a pilihan
Antaranya ialah surah Yusuf ayat keempat untuk memudahkan dan mendapat jodoh yang baik. Du’a Nabi Musa dalam surah Al-Qasas ayat ke 24 untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak.

©  Solat hajat
Langkah terakhir ialah dengan melakukan solat sunat hajat memohon agar dipermudah dan dipertemukan dengan pasangan yang baik, dunia dan akhiratnya.


sumber: gugel


Sesudah berusaha, bertawakal lah kerana Allah lah jua yang menentukan segala-galanya. Yakinlah, sesungguhnya jodoh dan maut kita itu rahsia-Nya. Allah SWT tidak akan sekali-kali mengecewakan hamba-Nya yang meminta, lambat atau cepat itu bergantung pada tingkat usaha kita.

p/s :: tip diatas dikongsi oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood (anis:172)


If The Prophet SAW Added You On Facebook

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan salam blogging buat antunna pembaca yang dirahmati Allah.. insha Allah.

Kemarin ana membuka peti e-mail yang berpuluh-puluh masih belum dibaca dari tahun lepas..(sibuk manjang punya pasal ...(- -" ) ana tertarik dengan satu e-mail yang dikirim oleh akhy Ammar Alshukry. Ianya sebuah puisi dari salah seorang pemenang Lyrical Art yang diadakan tahun lepas. Sebuah puisi yang cukup baik untuk dikongsi bersama. check it out!  ^ ^)v


What if the Prophet SAW added you as a friend?

Would you press accept?
Or would you stay awake late at night, pondering it before you slept?
Will you be tempted to press ignore?
Will you feel at war?

Will you feel happy that the Prophet thought of you as a part of his ummah, his friend?
Will you start to make amends?
Or will you be worried about what he will think of your profile?
Will it become your biggest trial?

Will you finally delete that horoscope application?
Will you change your favourite quotes to glorify creation?
Will you delete those late night webcam pictures without the hijab?
Will you look at your life and feel a stab?

As you add the Qur'an as your favourite book?
Will you feel like a fake, a crook?
Will you take a few days to make sure everything is within Islamic law?
Will you finally begin to thaw?

Will you delete your old conversations?
Or will you feel nothing at all and continue following your temptations?
Will you press ignore, and not think about it anymore?

No reason to worry about that possibility occuring
The Prophet has long departed
But Allah is always there Watching you and Listening to your prayers

You don't need to add Him as your friend with Allah
You can never hide or pretend, He doesn't need your permission to view
Your wall-to-walls, your pictures, your comments, and your statuses too..

By; Marwa Saad
shared frm Ammar Alshukry


sumber: gugel