Peringatan Untuk Diri II

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan hanya permainan dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (QS. Al An’am: 32)

“Setiap jiwa pasti akan merasakan kematian. Dan kami benar-benar akan menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan, dan kepada kamilah kalian akan dikembalikan.” (QS. Al Anbiyaa’: 35)

Sungguh indah nasihat Yazid Ar Riqasyi rahimahullah yang dikatakannya pada dirinya sendiri, “Celaka engkau wahai Yazid! Siapa yang akan mendirikan shalat untukmu setelah engkau mati? Siapa yang akan berpuasa untukmu setelah engkau mati? Siapa yang akan memintakan maaf untukmu setelah engkau mati?” Lalu ia berkata, “Wahai manusia, mengapa kalian tidak menangis dan meratapi dirimu selama sisa hidupmu. Barangsiapa yang akhirnya adalah mati, kuburannya sebagai rumah tinggalnya, tanah sebagai kasurnya dan ulat-ulat yang menemaninya, serta dalam keadaan demikian ia menunggu hari kiamat yang mengerikan. Wahai, bagaimanakah keadaan seperti ini?” Lalu beliau menangis. Wallahu Ta’ala a’lam.

Peringatan Untuk Diri

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Allahuma solli ala saidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam.. selawat dan salam buat rasul tercinta Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam, para sahabat baginda serta orang orang soleh yang mengikuti jejak langkah baginda Salallahu 'Alayhi Wasallam dari mula hingga ke hari penghabisan.. Alhamdulillah, puji pujian hanya untukMu yang menguasai jiwa ini.. syukur ku atas nikmat Islam yang Engkau kurniakan untuk para hamba hamba Mu yang beriman kepada Mu.. Alhamdulillah.



“ Hai Nabi katakanlah kepada isteri isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri isteri orang mukmin: “ hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. ” yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” surah Al Ahzab: 59


Telah datang perintah kepada kaum wanita supaya menghulurkan jilbab dan melabuhan pakaian yang dipakainya.. wanita yang menutup wajah juga adalah tanda wanita baik baik.. dengan menutup wajahnya akan terhindarlah wanita itu dari fitnah yang boleh membinasakan dirinya, selain ia merupakan sunnah yang diamalkan oleh para ummahatul mukminin. 


Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam pernah bersabda;


“Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, syaitan terus memandanginya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).” hadis diriwayatkan oleh  At Tirmizi   


Dan perlu difahami bahawa Islam memandang tinggi martabat seorang wanita dengan perintah menutup aurat (dengan sempurna), dengan niat semata mata kerana Allah SWT dan demi menghidupkan kembali pakaian sunnah..
Bak kata Ustazah Noraslina, "melindungi aurat dan mengenakan hijab yang sempurna bukan kerana semakin ramai wanita melakukannya, bukan dek terikut ikut dengan trend semasa, juga bukan kerana mahukan pujian sebagai wanita solehah yang terpilih dan mulia, tetapi demi mencari keberkatan dengan mengikuti ‘jalan’ para isteri nabi dan sahabiah di zaman baginda yang merupakan sebaik baik contoh tauladan dan tuntunan buat muslimah beriman."


Saya doakan agar iman kita semua terpelihara.. coretan ini adalah untuk peringatan buat diri saya sendiri juga buat saudari yang sudi singgah di sulap ini..moga bermanfaat  :: Salam Mujahadah ::

Bicara Langit

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


"Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi anak-anak harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya."
Antara bait kata dari seorang penulis yang saya kagumi..Ustaz Pahrol Mohd Juoi. saya akui ada kebenaran dari kata kata beliau kerana ketika saya berduka atau hati resah saya juga akan memandang langit untuk menenangkan hati..(◕‿◕✿   terapi dari alam adalah terapi yang paling baik. 


Satu lagi menjadi kegemaran saya dari dulu hinggalah sekarang.. menikmati pemandangan matahari terbenam. Jika dikampung, ada saja masa lapang pasti tidak ketinggalan untuk menyaksikan terbitnya sang fajar dan terbenam sang suria.. suatu pengalaman yang mendamaikan jiwa.. hebat sungguh alam ciptaan Tuhan. 


Subuh di kampung ku
Senja di kampung ku
Maaf kualiti gambar tidak memuaskan kerana gambar ditangkap menggunakan CSL Blueberry 500.. rindu kampung halaman..oh langsana!

Senyum a.k.a Smile

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Hari yang indah (◕‿◕✿   walaupun agak redup kerana baru lepas hujan tapi hari ini menyajikan cuaca yang sejuk dan nyaman selepas beberapa hari panas yang membahang.. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menikmati pengalaman ini lagi.


Senyum dari hati menjadikan dunia kita sepanjang hati berseri seri walau ada yang mencoba untuk mengganggu gugat keceriaan kita, semua akan padam dengan sebuah senyuman..pasti (◕‿◕✿

Sedari kecil ku hingga dewasa ini emoticon smile senantiasa mendampingi hasil coretan santai ku.. ianya untuk mengambarkan perasaan kita ketika menulis kan =) ..okay mari kita kaji sejarah Mr. Smile (◕‿◕)

Dikatakan individu pertama yang menggunakan emoticon :-) dan :-( adalah Scott Fahlman, pensyarah penyelidik di Carnegie Mellon Universiti. Beliau mencadangkan :-) dan :-( digunakan untuk menandakan ekpresi terhadap perbualan atau jenaka yang dikongsikan dikalangan staf, pelajar serta ahli fakulti pada papan utama mereka. Apa yang diusahakannya pada 19 September 1982 itu tersebar dengan meluas dalam masa beberapa bulan dikalangan pengguna makmal penyelidikan dan universiti.. Selepas itu emoticon smile digunakan seluruh dunia.. kini smile (◕‿◕) telah berusia 29 tahun!

        Mr. Smile sudah dewasa... yay!

:: Senyum dari hati, dunia mu pasti berseri ::

Rahsia Solat

Bismillahirahmanirahim

Rahsia Solat sebagai peringatan bagi yang sudah tahu juga panduan bagi yang baru tahu (◕‿◕✿


# Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

# Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

# Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

# Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

# Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

# I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga Al Kautsar ketika di dalam kubur.

# Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATULMUSTAQIM.

# Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

# Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

# Tahiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

# Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

# Salam Memelihara kita di dalam kubur.

# Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


:: Selamat beramal dan Salam Mujahadah ::

12 Wajah Di Mahsyar

Bismillahirahmanirahim

Siti Aisyah r.a menjelaskan hadits yang didengarinya daripada baginda Rasul Salallahu 'Alayhi Wasallam...

“ Umat manusia ini pada hari kiamat dikumpulkan pada suatu padang gondol (tidak berpohon,tidak berumput dan tidak berair),padang pasir putih seperti roti. Di sini mereka dikumpulkan dengan keadaan bertelanjang bulat. Masing-masing melihat aurat mereka. Dalam riwayat lain, dikatakan masing-masing mereka itu saling melihat.”  Direkodkan oleh Imam Bukhari

                                                                                                                                                                                                       
Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam dan bertanya, "Ya Rasulullah tolong huraikan kepada ku mengenai firman Allah SWT: "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbari baris." surah An Naba ayat ke 18.
Mendengar pertanyaan itu, baginda Rasul Salallahu 'Alayhi Wasallam menangis hingga basah pakaiannya. lalu baginda menjawab: " Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada ku perkara umatku yang digiring, dikumpulkan berbaris baris membawa amalan mereka sendiri."

Maka dinyatakan oleh Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam 12 barisan berkenaan iaitu;

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah SWT  " mereka itu adalah orang orang yang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan
Datanglah suara dari sisi Allah SWT yang berfirman; " mereka itu adalah orang yang ketiga hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah nereka.

Mereka datang dalam bentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengna ular dan kala jengking. Allah SWT menjelaskan, "mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka dalah neraka."

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka
Allah SWT menegaskan; " mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka."

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di padang mahsyar. Allah SWT menegaskan; " mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka tempat mereka adalah neraka."

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus daripada badan
Allah SWT berfirman; " mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah
Allah SWT menegaskan; " mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian diatas kebenaran, dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Diiringi dari kubur dengan keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas 
Allah SWT berfirman; "mereka adalah orang yang berzina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru
Sementara dalam diri mereka penuh dengan api yang bernyala. Allah SWT menyatakan; " mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Diiringi dari kubur dalam keadaan tuuh mereka penuh dengan sopak dan kusta
Allah SWT berfirma; " mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Diiringi dari kubur dengan berkeadaan buta
Gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut, dan keluar berbagai bagai kotoran. Allah SWT menegaskan; " mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar sinar laksana bulan purnama
Mereka melalui titian sirat seperti kilat. maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih menegaskan; " mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak melakukan kebaikan. mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia mereka sempat bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih.."

Terima Kasih Cikgu...(◕‿◕✿

Bismillahirahmanirahim

"Assalamualaikum cikgu!"
"Selamat pagi cikgu!"

Antara kata kata sapaan bila bertemu dengan cikgu. Sungguh manusia yang bergelar cikgu adalah manusia yang wajib kita hormati selain kedua ibu bapa kita.. Jasa cikgu mendidik dan mencurah ilmu tanpa erti jemu dan sungguh sabar melayan karenah anak anak muridnya.. Hanya doa yang mampu ku titipkan buat mu cikgu, semoga berjaya di dunia dan di akhirat sana..ameen.


GURU

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca..

Terima kasih cikgu...(◕‿◕✿


Muslimah Wanted!

Bimillahirahmanirahim

Muslimah sejati srikandi pembela agama
Peribadi solehah menjadi perhiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan


Muslimah sejati akhirat menjadi keutamaannya
Kerana dunia bukan pilihan
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa


Muslimah sejati berbekal Al Quran dan As Sunah
Bersulamkan pengorbanan 
Bisa menggegarkan seisi dunia...


Sukarnya mencari muslimah sejati di zaman ini... memang ada tapi boleh dibilang dengan jari tangan plus jari kaki.. yang selebihnya harus digelar apa ya? tapi pesan seorang ustaz, tak elok menggelar orang dengan gelaran yang tidak baik. jadi saya tukarnya dengan mengajak yang selebihnya itu untuk sama sama merebut gelaran muslimah sejati..kerana ianya memang benar benar wanted di zaman ini.


Mari kita selami kisah Sumayyah srikandi terbilang...moga moga ia dapat memberi inspirasi untuk menyandang gelaran muslimah sejati..




SUMAYYAH
Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri mu bak lentra
Dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad mu milik tuan
Tetapi hati mu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad mu yang tiada bermaya
Namun iman didada mu sedikit tidak berubah

Darah Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama mu tetap menjadi sejarah

Dapat semangat baru bila menghayati bait bait puisi ini.. (lirik lagu Hijjaz) ..Salam Mujahadah (◕‿◕✿

Mahar Untuk Syurga

Bismillahirahmanirahim

Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya. Segala puji bagi Allah yang menguasai hidup dan mati ku, keluasan dan kesempitan kehidupan ku, kesenangan dan kesusahan hayat ku. Sesungguhnya hidup dan mati ku hanya untuk Mu Tuhan Semesta Alam.

Selawat dan salam atas nabi junjungan Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta mereka yang mengikutinya dari mula hinggalah pada hari yang Engkau janjikan akan hancur segala-galanya.


Mari kita bicara tentang syurga 

Syurga itu apa? Syurga adalah tempat penuh nikmat yang tidak dapat dibayangkan oleh pancaindera manusia mahupun imaginasi akal fikiran. Bayangkan yang indah, harum, sedap dan nyaman…hurmm, sungguh mengasyikkan ^_^ tetapi, syurga itu lebih indah daripada apa yang termampu kita bayangkan. Siapa yang layak menjadi penghuni syurga? sepastinya lah orang yang baik-baik di kalangan para Rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin (orang-orang soleh). Maka dengan itu diistiharkan... syurga adalah tempat tinggal dan kembali orang yang baik-baik....(◕‿◕✿
sekadar gambar hiasan
Bagaimana mahu melayakkan diri untuk memasuki syurga? Jawabnya mudah, jadilah orang yang baik-baik. Bagaimana hendak jadi orang yang baik-baik? Tentulah sahaja dengan melakukan banyak kebaikan. Setiap kebaikan yang dibuat dengan ikhlas, akan dibalas dengan pahala. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga.


Dan sememangnya dalam kita berusaha berjalan di track yang betul adakala kita tergelincir, walau hanya sebelah kaki... jika itu terjadi cepat cepatlah membetulkannya.. kerana tiada sesiapa jua yang tidak mendambakan syurga. 


# Tribute to 'Arafah Cinta Kita'

:: Tingkatkan amal, gandakan pahala.. Salam Mujahadah ::

Tanda Taubatmu Diterima

Bismillahirahmanirahim

Sebahagian ulama' ditanya mengenai, "apakah seseorang itu tahu taubatnya itu diterima atau ditolak?" lalu ulama' itu menjawab, "tidak ada kepastian dalam hal ini. akan tetapi ada tanda tandanya..

Bagi orang yang diterima taubatnya..

# Dia sentiasa akan menjaga dirinya dari maksiat.
# Dalam hatinya tidak ada kegembiraan (hal keduniaan) dan sentiasa mengingati Allah SWT.
# Dia suka bergaul dengan orang orang soleh /solehah dan menjauhi orang yang fasik.
# Dia menganggap banyak terhadap dunia yang sedikit dan menganggap sedikit terhadap amal akhirat yang banyak.
# Hanya setiasa terpaut dengan sesuatu yang telah diwajibkan Allah SWT keatas dirinya.
# Selalu menjaga mulutnya dari menyakiti orang lain dan dari berkata yang sia sia.
# Selalu berfikir, bersedih dan menyesal atas dosa yang telah dilakukan.

Sumber :: Hidayah Mei 2011


Note :: Sekadar untuk perkongsian dan check list bersama..sharing is caring 

Yang Bernama Myriam Francois Cerrah

Bismillahirahmanirahim

Myriam Francois Cerrah - nama ini asing bagi saya sebelum ini tapi setelah cuba untuk mengenali beliau melalui tulisan tulisannya di - myriamfrancoiscerrah.wordpress.com saya mula tertarik dengan sosok ini.. kata kata beliau iaitu "menjadi Muslim, tidak bererti kita kehilangan semua jati diri kita sendiri. Islam adalah validasi yang baik dalam diri kita dan sarana untuk memperbaiki yang buruk." juga menurutnya adalah tugas setiap Muslim untuk membuat Islam tampil tidak sebagai agama yang asing. kata kata ini lahir dari seorang saudara baru.. kita bagaimana?



Bagi Myriam Francois Cerrah, Al Quran adalah puncak perenungan filosofisnya. Al Quran pula yang kemudian membawanya kepada Islam. Mahasiswa pasca sarjana Oxford University bidang Politik Timur Tengah ini memeluk Islam pada tahun 2003 ketika berusia 21.

Myriam Francois Cerrah awalnya membuka Al Quran dengan perasaan marah. Myriam berdiskusi soal ketuhanan dengan teman kuliahnya..temannya menggunakan dalil ketuhanan sesuai apa yang disebutkan dalam konsep Islam.

"Saya mempelajari Al Quran hanya untuk membuktikan pendapat teman saya yang seorang Muslim itu salah," tapi ternyata hidayah itu milik sesiapa jua yang dikehendaki Nya.. Lantas Myriam melafazkan kalimah syahadah dan menjadi muslimah.

Ini adalah sebahagian kisah Myriam Francois Cerrah.. semoga keimanan beliau terus terpelihara dan juga kepada semua saudara baru kita diluar sana..ameen.

PESANAN UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Bismillahirahmanirahim



Ini adalah pesanan Dr. Khalil Al Hayya mewakili HAMAS di Pelestin untuk umat Islam di Malaysia. Pesanan ini diterjemahkan oleh Maszlee Malik (penulis buku "Hamas: Pejuang kota suci Baitul Maqdis") atas permintaan Dr. Khalil.. Mohon agar sahabat sekalian menyebarkannya sama ada melaui blog atau cetakan berkenaan Pesanan ini kerana ianya mengandungi rintihan, harapan, perkongsian dan rayuan daripada saudara kita di Palestin. Semoga pesanan ini memberi secebis kesedaran kepada kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, Allah memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh Allah bagi mewakili umat Islam di seluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid suci ketiga. Kami juga dipilih oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia.




Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan la ilaha ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampung halaman dan juga tanah air. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadum yang dapat disenaraikan, sudah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ia adalah jihad, kemulian dan bukti yang kami ingin bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami.

Semasa detik-detik awal penjajahan, kami, saudara anda daripada gerakan Islam menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam dibantai oleh penjajah. Walau bagaimanapun, pembantaian itu tidak cukup bagi melemahkan kami. Sehingga zaman Jamal Abdul Naser, seperti mana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh itu, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan. Usaha PENDIDIKAN, DAKWAH, TARBIAH, dan KEBAJIKAN menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehingga pada pertengahan 80-an apabila arus sekular mula jemu dengan perjuangan. Semasa arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula lesu, kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar memerdekakan sekeping tanah, tetapi bagi memandu kebangkitan semua umat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga memberikan nyawa ahli-ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami. HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid Al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.


Setelah hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka. Kemenangan ini walaupun indah, namun ia adalah ujian yang getir bagi kami. Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahka satu lagi ruang dalam perjuangan kami iaitu POLITIK PEMERINTAHAN. Semakin bertambah beban, semakin tinggi pengorbanan kami.

Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan FIKRAH dan AKIDAH yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan MANHAJ atau TUJUAN yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS ialah kerajaan umat Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar akan perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarkannya?

Umat Islam di Malaysia sekalian, menjadi pemerintah tidak mudah. Apatah lagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.


Sehingga kini, para pegawai kerajaan termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap penganguran mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Baru-baru ini, tiga orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Malah persidangan Parlimen kami di Gaza hampir-hampir dibatalakan kerana kekurangan kertas.

Mengapa semua ini berlaku? Ia kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh Rejim Zionis, AS dan EU. Tekanan yang dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon yang rakyat inginkan dalam pilihan raya yang lalu. Tekanan dikenakan kerana kami enggan mematuhi ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis mengambilnya dan mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya. Mereka juga menutup laluan udara, darat dan laut Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang disepertujui oleh kerajaan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seAkidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami juga yakin saudara seAkidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada regin Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunya dua pilihan. PERTAMANYA, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang KEDUA adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat Palestin hanya mampu bertahan selama enam bulan,. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tidak tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila? Perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkan saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.


Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia, kami mengharapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 (bersamaan RM3.60) setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapakn saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.

Kami juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin. Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Palestin dan Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.


Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalain. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.

Allahu Akbar!


Saudaramu,
Khalil Ismail al-Hayya
Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin
14 Mei 2006

Keadaan Darah Ketika Berdoa, Sedih, Takut Dan Jatuh Cinta

Bismillahirahmanirahim

Suka untuk saya kongsikan disini sebuah artikel yang menarik tentang darah..psst, saya takut nengok darah actually..luka sikit pun boleh pitam..hoho..tu pasal nda boleh jadi doktor bedah :D doktor cinta boleh..ngeh3x ...ok artikel ne saya salin dari sini -- Inspirasi Cinta Sejati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sebuah penelitian dilakukan oleh pakar EFT (Emotional Freedom Techniques) untuk menunjukkan bagaimana kondisi darah manusia disaat normal, sedih, gembira, jatuh cinta dan saat berdoa.

Pakar EFT yang bernama Dr. Felicy tersebut mengambil sampel darah seorang pasien bernama Rebecca, kemudian memotretnya dengan menggunakan “darkfield microscope” yang dihubungkan dengan monitor komputer.

Dan tampaklah perubahan drastis pada darah Rebecca tersebut setiap kali emosinya berubah. Berikut ini adalah foto darah seorang Rebecca sebelum dan sesudah melakukan EFT.

Rebecca melakukan EFT dengan mengundang emosi “sedih” dengan cara memikirkan saat-saat sedih sampai dia menangis, lalu sang pakar EFT mengambil sampel darahnya.




Kondisi darah saat sedih,
Sel darah begerak cepat dan berbentuk air mata


Lalu Rebecca menggunakan EFT untuk mengundang energi “cinta” untuk memasuki tubuh dan darahnya. Dan seketika darahnya kembali normal, dan sel-sel darah bergerak dengan indah dan timbul substansi yang berkilauan dalam cairan darah. 




Kondisi darah saat merasakan cinta,
Sel darah bergerak pelan dan cenderung berkumpul


Satu kenyataan menarik pada sampel darah saat “sedih” terjadi perubahan seperti pada sampel darah saat “merasakan cinta”. Jadi walaupun darah itu sudah meninggalkan tubuh Rebecca ia tetap masih berhubungan dengan pemiliknya.

Kemudian seorang Rebecca mengundang rasa takut dan memikirkan kejadian menakutkan yang pernah ia alami. Dan sel-sel dalam darahnya bergerak tidak beraturan dengan sangat cepat dan terlihat berjauhan. Mungkin ini adalah akibat dari produksi adrenalin sebagai reaksi normal atas rasa takut.


Kondisi darah saat merasa takut,
Sel darah bergerak tidak beraturan dan berjauhan dengan sangat cepat


Lalu Rebecca mecoba untuk memikirkan “sifat feminine Tuhan”, yang dalam keyakinan agamanya ia sebut “divine mother”, sifat penyayang, penyantun dan pemelihara. 

Dan memohon kepada-Nya untuk menyalurkan energi feminine itu kedalam tubuh dan darahnya. Saat berdoa tersebut, Rebecca merasakan seperti ini,


“saya merasakan gelombang energi yang begitu besarnya menyelimuti diri saya, saya sampai menangis bahagia karenanya”
Saat sampel darah Rebecca diambil setelah berdoa dan merasakan pengalaman religius itu, kemudian dilihatkan dibawah mikroskop yang dihubungkan dengan komputer, semua yang hadir dilaboratorium itu seketika terdiam dan terpana karena melihat komdisi darah yang sama sekali berbeda dengan yang lain. 


Kondisi darah saat berdoa,
Timbul substansi putih berkilauan, darah bergerak pelan dan sangat teratur 

Cairan darahnya sangat cerah, gerakan sel darah sangat tenang seakan bergerak dengan penuh kedamaian, muncul banyak substansi yang berkilauan. Di dalam sel darah terdapat substansi yang bercahaya dan berdenyut seperti denyutan jantung mini.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:: Jaga kesihatan, tingkatkan amal dan sebarkan Islam..(◕‿◕✿



Hanya Kenal Allah Tika Dipenjara

Bismillahirahmanirahim


Artikel ini pernah disiarkan dalam laman Iluvislam.com, sengaja saya postkan disini untuk rujukan sendiri dan sahabat sahabat lain yang belum tahu...moga mendapat ibrah dari kisah ini.


Pada tengahari setelah berbagai penjelasan berjalan dari jam 9 pagi berkaitan Pelatihan Solat Khusyuk, tiba-tiba seorang anak muda mendekati saya:

"Pak... terima kasih", katanya terisak.
"Kenapa anda ada disini?, tanya saya.
"Saya dihukum seumur hidup pak."
"Kenapa...?"
"Saya membunuh satu keluarga", katanya datar.
"Ooo yaa...", mata saya menatapnya sejenak.
"Bapak mungkin masih ingat, pembunuhan satu keluarga di Belakang Balok Bukittingi. Nah pembunuhnya itu adalah saya...", sang anak muda seperti melamunkan kejadian itu kembali.
"Kenapa?"
"saya sakit hati kepada keluarga itu...", katanya mantap.
***beberapa pembicaraan lain saya skip***
"Pak... selama saya di sini di setiap khutbah saya selalu merasa tercabik-cabik, karena khatibnya selalu bercerita tentang azab neraka. Rasanya saya memang sudah pantas untuk masuk ke dalam kerak neraka. Sedang syurga rasanya nggak akan pernah saya rasakan. Bertahun-tahun saya dan teman-teman di penjara ini merasakan hal seperti itu. Penjara bukannya tempat kami bisa menemukan diri kami kembali. Tapi penjara hanyalah tempat perpindahan hidup kami dari alam merdeka ke alam gelap menakutkan di sini...", dia bercerita dengan mata redup.
"Tapi pak... hari ini ada benih-benih kebahagiaan muncul di dalam hati saya. Benih itu begitu cepat mekar dan berbunga. Hari ini, untuk pertama kalinya saya merasa begitu berbahagia. Rasanya bahagia itu begitu dalam... tak berdasar. Semakin saya menyelam... bahagia itu semakin pekat", matanya mulai kembali bersinar oleh sebutir cairan bening yang jatuh dari sudut matanya.
"Kenapa anda begitu bahagia...?", selidik saya..
"Hari ini untuk pertama kalinya dalam hidup ini, saya merasa punya ALLAH...", isaknya mulai memburu.
"Iya pak... Allah saya begitu lembutnya menyentuh hati saya, sehingga dada saya tadi begitu lega dan bahagia. Beban saya bertahun-tahun seperti lenyap seketika saat Alah saya menyentuh dada saya. Allah saya ternyata sangat berbeda dengan gambaran yang yang sering disampaikan orang kepada saya selama ini. Ternyata Allah saya bukan sesuatu yang sangat menakutkan. TIDAK. Allah saya adalah Allah yang sangat menyayangi saya. Ternyata untuk mengenal Allah saya yang sekarang, saya harus terlebih dahulu masuk kedalam penjara ini...", matanya sejenak seperti terpejam.
"Pak... saya sekarang punya Allah...", suaranya mulai serak.
"Ya Allah... Ya Allah...", dadanya kembali bergemuruh.
"Ya Allaaaaaah... Ya Allaaaahhh", jantungnya mulai menggelepar...
"Ya Allah... Ya Allah...", ruhaninya pun meluncur...
Dia tersungkur sujud, sambil menangis dengan suara keras.
Saya pegang pundaknya dengan lembut dan berkata :
"Letakkan semua tangis dan suaramu itu didalam hatimu...!"
Lalu... dia diam... yang ada hanya seonggok tubuh yang sedang sujud. Yang ada hanya butiran air matanya yang mengalir deras. Yang ada hanya gerakan keluar masuk nafasnya yang lembut. Tanda kehidupan.
Kemudian saya ajak dia memuja Allah...
"Subhanallah.... Alhamdulillah, laa ilaha Illallah, Allahu Akbar," dia ikuti semua itu dengan lirih.
Saya minta dia segera memperbaharui syahadatnya dan bershalawat untuk Nabi. Dia lakukan semua itu dengan tubuh menggigil.
Lalu dia beranjak kepojok masjid yang ada di dalam penjara itu, dan dia melakukan shalat yang alangkah panjangnya....
Saat saya pamit mau ke penjara narkoba, saya mencari-cari si pemuda tadi. Tidak ketemu....
"Mana dia...?" bisik hati saya.
Tiba-tiba seseorang mengatakan kepada saya: "Pak si fulan itu..., sedang shalat pak dari tadi..."
Lalu dari mulut saya menggurimin sebait do'a: "Ya Allah... berkehendaklah untuknya ya Allah..."
Dan saya pun berlalu dengan bahagia....



Subhanallah...