PRINSIP 7M

1.Muhasabah = nilai diri
2.Muraqabah = ihsan
3.Musyaratah = syarat mencapai matlamat
4.Mu'aqabah = didik jiwa supaya bersih murni
5.Mujahadah = bersngguh-sungguh
6.Muatabah = kritik diri
7.Mawaddah = kasih sayang

JANGAN BOHONG!!

Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Bagi tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat-sifat orang munafik, antaranya apabila dia berkata dia bohong. Apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianat. Maka wajar jika Rasulullah menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelakidatang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya iaitu berZINA. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya, “Hanya dengan satu perkara, Laa Takzib! (JANGAN BOHONG !)

Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah dan ternyata dia dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap dia ingin melakukan ZINA dia akan ingat kepada nasihat baginda Rasulullah itu.

Fikirnya, “Bagaimana jika saya ditanya oleh Rasulullah? Jika saya menjawab 'tidak' bermakna saya telah berbohong. Jika saya mengaku, bermakna saya wajib dihukum.” Maka lelaki itu langsung berhenti daripada berZiNA.

TELAH KU PILIH JALAN MU















Telah ku pilih jalan-Mu
Jalan yang mendekatkan aku pada-Mu
Jalan orang-orang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku pada-Mu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan
Ampuni aku
Fitrah hati ini terlalu berat untuk ku buang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cinta-Mu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rindu ini imaginasi syaitan
Dan ku pinta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Ku mohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untuk-Mu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasih-Mu untukku
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab diantara kita
Tetapkan langkahku dijalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera Titanic
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia dilautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat didasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian
Dan akan kuterus tekadkan janji
KERANA TELAH KU PILIH JALAN MU.


p/s: kredit to layyinul qalbie

TANDA TANDA ORANG YANG TAQWA

Rasulullah SAW bersabda:

“Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada dan gantikanlah keburukan itu dengan kebaikan, tentu kebaikan itu akan menghapuskannya, dan pergaulilah sesama manusia dengan akhlak yang baik.”

Hadis riwayat Tarmizi >>>

Wahai ukhti muslimah! sesungguhnya diantara tanda-tanda orang yang bertaqwa itu ialah;

1.Beriman kepada Allah
2.Beriman kepada para malaikat
3.Beriman kepada kitab-kitab Allah
4.Beriman kepada para Rasul
5.Beriman kepada hari akhirat
6.Beriman kepada qada' dan qadar
7.Mendirikann solat
8.Menunaikan zakat
9.Memberikan harta yang dicintainya kepada kaum kerabatnya
10.Sabar dalam menghadapi kesempitan hidup
11.Menepati janji
12.Benar dalam keimanannya kepada Allah
13.Mengagungkan syiar agama Allah
14.Menginfakkan harta dalam keadaan senang dan dalam keadaan susah
15.Menahan rasa amarah
16.Memaafkan kesalahan orang lain
17.Beriman kepada perkara yangghaib, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya

Jika semua sifat-sifat ini telah ada dalam hatimu, maka peliharalah ia nescaya kamu akan mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat.

NASIHAT MENASIHATI DAN SALING BERPESAN PESAN

Wahai ukhti muslimah! sesungguhnya muslimah yang hakiki itu bukan sahaja bersih dari sifat-sifat yang keji, akan tetapi dia juga selalu menghiasi dirinya dengan sifat-sifat terpuji iaitu selalu memberikan nasihat kepada saudaranya sesama muslimah untuk berpegang ke jalan yang di redhai Allah SWT. dia yakin bahawa inti pati agama adalah nasihat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“ Agama itu adalah nasihat.” maka para sahabat bertanya; “bagi siapa? Rasulullah SAW menjawab: “ bagi Allah, bagi kitab-Nya, bagi pemerintah muslim, pemimpin muslim, ulama Islam dan bagi orang sesama muslim.”

diriwayatkan oleh Muslim >>>

“ aku telah berbai'ah dengan Rasulullah SAW untuk menegakkan solat, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat kepada tiap-tiap muslimin.”

diriwayatkan oleh Muttafaq Alaihi >>>

dari bai'ah yang dilakukan oleh para sahabat dengan Rasulullah
saw menunjukkan kepada kita, betapa pentingnya nasihat itu dalam agama. oleh kerana itu, naihat menjadi sifat sejati bagi seorang muslimah yang hakiki yang bertaqwa serta bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat yang terpuji dinegeri akhirat nanti.

JIHAD BAGI KAUM WANITA

Salah satu jihad bagi wanita ialah sentiasa taat kepada suaminya, dan menjaga dirinya ketika suaminya sedang tidak ada di rumah, maka yang demikian itu pahalanya sama dengan orang berjihad di jalan Allah.

Sabda Rasulullah SAW;

“ Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka akan tetap hidup disisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, oleh itu apa yang kami perolehi atas apa yang kami kerjakan? Rasulullah SAW menjawab: sampaikan lah kepada setiap kaum wanita yang kamu temui, bahawasanya taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali diantara golonganmu yang melakukannya.”


Hadis diriwayatkan oleh Ibn Abbas >>>

MAHKOTA MU ADALAH SEDEKAH


Rasulullah SAW telah ditanya oleh para sahabatnya;

“ para hartawan banyak mendapat pahala. mereka solat seperti kami, puasa seperti kami dan dapat memberi sedekah dari kelebihan hartanya. lalu kami ini bagaimana?”

sabda baginda;

“ bukankah Allah telah menjadikan bacaan bagimu, yang dapat dijadikan sedekah oleh mu? ketahuilah bahawa tiap-tiap satu tasbih itu adalah sedekah, tiap-tiap satu takbir itu adalah sedekah, tiap-tiap satu tahmid itu adalah sedekah,tiap-tiap satu tahlil itu adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan itu adalah sedekah, mencegah dari kemungkaran itu adalah sedekah dan dalam kemaluan serta bersetubuh seseorang diantara kamu yang halal bagimu adalah sedekah.”

sahabat bertanya lagi;

“Ya Rasulullah, seseorang diantara kami menurut nafsu syahwatnya, apakah dia mendapat pahala?”

jawab baginda;

“ bagaimana pendapat kamu jika seseorang itu meletakkan syahwatnya itu pada sesuatu yang terlarang, sepastinya dia berdosa. tetapi jika dia meletakkannya pada sesuatu yang halal, pasti dia beroleh pahala.”


HADIS DIRIWAYATKAN OLEH MUSLIM >>>

EMPAT PERKARA YANG MESTI TAHU

4 PERKARA MENGUATKAN BADAN

  1. makan daging

  2. memakai haruman

  3. kerap mandi

  4. berpakaian dari kapas


4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN

  1. banyak melakukan seks

  2. selalu cemas

  3. banyak minum air ketika makan

  4. banyak makan bahan yang masam


4 PERKARA MENAJAMKAN MATA

  1. duduk menghadap kiblat

  2. bercelak sebelum tidur

  3. memandang yang hijau

  4. berpakaian bersih


4 PERKARA MEROSAKKAN MATAA

  1. memandang najis

  2. melihat orang dibunuh

  3. melihat kemaluan

  4. membelakangi kiblat


4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN

  1. tidak banyak berbual kosong

  2. rajin bersugi

  3. bercakap dengan orang soleh

  4. bergaul dengan para ulama

Pesan Imam

Bismillahirrahmanirrahim...

Pesanan Imam Al Ghazali untuk perhatian wanita dan lelaki terutama dalam memilih calon isteri... =_="


"Jangan engkau nikahi golongan wanita yang enam ini; iaitu ananah, mananah, hananah, hadaqah, baraqah dan syadaqah."
  1. Ananah - banyak mengeluh, mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau sakit dibuat buat.
  2. Mananah - suka menbangkit bangkit terhadap suami.
  3. Hananah - suka menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain dalam erti kata disini lelaki yang dikahwini nya sebelum ini , atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  4. Hadaqah - melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa pula si suami untuk membelinya.
  5. Baraqah - ada dua makna; pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghiaskan wajahnya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali bersendirian dan mengasingkan bahagiannya.
  6. Syadaqah - banyak cakap yang tidak menentu dan bising.
Muga muslimah hari ini tidak tergolong dalam kumpulan enam ini...muhasabah diri setiap hari.

Oh HATI



Didalam hati manusia itu ada kekusutan & tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT. Didalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT. Didalam hati manusia itu juga ada kesedihan, kegelisahan, dan tidak akan tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah SWT. Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan Allah SWT, qada' dan qadarNya serta sentiasa sabar menemui Nya. Didalam hati manusia itu ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada Allah SWT dan memohon kepadaNya.

>>>Dari Ibnu Qayyum>>>